~hlovate's cerita~

::~HLOVATE~aku tulis lagu nie utk GT_i[GreaTroubleMaker_i'm a senior].sbb ada part dlm tu yg mmg aku nak masukkan lagu nie.kalau korang nak layan lagu nie..leh je wat melodi seniri pakai gitar kapok.enjoy!::
~HLOVATE~


You wonder
Is it an angel or yet
Maybe a sweet dream that you can’t forget
So close yet far-fetched
Causing you to float on the line
between reality and fantasy

c/o Haunted the nightmares
Creates the ecstasy
Hlovate~oh poisonous honey
Love and hate
Driving me crazy

The poison ivy of Venus
Killing with venom so sweet
You’re losing your head
Don’t want it yet it keep haunting
Losing yourself in the suffocating mist

c/o

The blind arrows of
Piercing cold ice and
warm melting heart
Tearing me apart

   

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28

.:~hlovate's cerita~:.

~hlovate's hikayat~

~hlovatulis~

~hlovatalk~


~FAQs~

~~a moment~~


creep~street symphony

"...antara Fender dan warna-warna...
...antara muzik jalanan dan jalan cari Tuhan...
...ini cerita orang-orang itu...
....ini cerita masa lalu..."
|i||ii||iii||iv||v||end|
rooftop rant

"...lontarkan...
...kalau tidak ia meracun...
...kongsikan...
....walau hanya pada awan-awan..."


anthem

"...saya dalam gelap...
...dan salah siapa kalau saya tak nampak?...
...kenapa orang keliling hanya pandai bising...
...tapi tak pandai menghulur tangan?..."


VERSUS
"....Minn..AO...and the sun....
....the past vs the present...
...skate and the street...changes and turning points in life....
...everything is under His will....."

versus[PartI]
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|end|

versus[PartII]
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|14|15|16|end|

versus[PartIII]
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|14|15|finale|


Ked's Story
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|
10|11|12|13|14|15|16|17|finale|
...Ked...Hadiah...Nawal...a lady....a romeo...a skater...
.....Florida-Virginia....
....everything is okay in the end.if it's not okay, then it's not the end....

GT_i~Trilogy

GreaTroubleMaker_i
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|finale~i|
"....heyday of the honeymoon year...
...Form4,Kolej Tunas...
....Addin and the GT_i....."

GreaTroubleMaker[i'm a senior]
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|12|13|14|15|end|
".....enter the SPM year...aarrrggghhh....
.....budak jenayah bertemu buku dengan rak bukunya....
.....ice vs ice...ferum vs aluminium....
...Addin Shah vs Benz Alif...."

GT_i[i'm outta teens]PartI
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|end|

GT_i[i'm outta teens]PartII
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|end|

GT_i[i'm outta teens]PartIII
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|end|

GT_i[i'm outta teens]PartIV
|1|2|3|4|5|6|finale|

GT_i[V]
|prologue|1|2|3|4|5|6|7|8|
10|11||12||13||14||15||epilogue|

".....i want to have nothing to do with him..."
"...knowing a Didi and an Addin..."
"...changes of equation...
from Addin Shah vs Benz Alif=Didi+Benji..."


5tahun5bulan
".....a Plain Jane's diary....
....growing up and learnin ain't easy...
...not another mere fuzzy-mushy entries...
...antara Sultan Mansur,Jebat dan Hang Li Po,it's just part of the story...."

5tahun5bulan[PartI]
|1|2|3|4|5|6|7|8|9|10|11|end|

5tahun5bulan[PartII]
|1||2|3|4|5|6|7|8|9|10|
11|12|13|14|15|16|17|18|end|

5tahun5bulan[PartIII]
|1||2||3||4||5||6||7||8||9||10|
|11||12||13i||13ii||14||finale|
Schubert's Serenade

"...kasih sayang...
...ada di mana-mana...
...untuk semua...
....untuk sesiapa je yang mencari..."
|1||2||3||4i||4ii||5i||5ii||6i||6ii||7|
|8i||8ii||9||9||10||11||finale| .:
cerita nie aku publish atas wish sorang kawan.pasal dia penat tengok aku tulis macam2,tapi baca sorang2 je.so,dia nak aku share.aku pun tak tau la apa yang korang rasa baca cerita nie.actually,GT_i ada trilogy[huhuh...cam LOTR pulak].tapi aku akan publish but by bit.dari GreaTroubleMaker_i,GreaTroubleMaker_i'm a senior,sampai GT_i'm outta teens.enjoy reading btw
:.

sumer yg aku tulis nie[cerita/cerpen/novel/whatever]actually product dr experience aku,experience kengkawan aku.observation aku,imagination aku.memana yang korang rasa merapu tu...setengah tu betul sebenarnye

~VERSUS~

nie material baru.takder kaitan langsung-langsung la dengan GT_i n whatnot.hikayat alam street.orang pandang stylo coolio.yep,true.memang cool.but comes with a price.kalau nak berubah from what we're used too.then that'll be hell to pay as a manner of speaking.sebab everything dah rasa part of the bone n blood.kebetulan dah halfway thru dengan versus,it was kinda me speakin coz i was kinda ripped from my ol'self too[but cut out all the mush la.that aint me.serious.]untuk versus nie,judgement tepulang pada masing-masing.everybody passed paths along the road of life.there's always be dilemma when it comes to choosing.btw,nie abiskan publish versus[PartI] dulu.then insya Allah GT_i[i'm a senior]<--frankly speaking it aint much but to complete the jigsaw,sorry.jangan letak expectation tinggi2,k.

IS THIS IT

Is this it?
I dunno the cause
The result
Nor the beat
Is it really it?
I dunno how nor when
Up? Low? In the gutter or glen?
Undecoded, mystery air?
Seems like near but not there
Without no cut or tear
All of sudden
The pain is too much to bear
The vain feels like a torturing lair
Is it really, really it?
One second chill the spine
The other, melted under the sunshine
Set tears and laughter on the same line
Possessing such powers that stop the time
Is this it?
He knows
And He will lead

.:hlovate:.
.:escapee:.



website free tracking
referer referrer referers referrers http_referer




rss feed



Monday, February 28, 2005
GT_i[i'm a senior]~Episode5

Addin menyusun kertas-kertas A4 yang berterabur di depannya.Di sekeliling meja mesyuarat itu ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar lain juga turut sibuk dengan fail tindakan masing-masing.Kucai di sebelahnya meneliti jadual aktiviti tahunan MPP di tangan.Mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar tamat juga akhirnya petang itu.Majlis sudah ditutup dengan Kafaratul Majlis dan Suratul Asr.Sekadar masing-masing belum bergerak untuk pulang ke kolej kediaman.

"Siapa bertindak untuk Gilap Iman malam Jumaat?"Kucai tiba-tiba mengangkat muka.

Fakhrul angkat tangan. "Under aku.Najwa untuk girls,Agul untuk disiplin,Farisha untuk PA system" Tanpa ditanya dia bersuara.

Kucai angguk. "Sorry.Aku confuse dengan Minggu Addeen."

Addin geleng.Kepala dah tepu la tu. "Korang,nanti senarai AJK Form Four under each Biro serah before malam Rabu.Jangan lupa."Dia memandang keliling meja. "Kertas kerja untuk mintak peruntukan aktiviti atau projek dateline akhir bulan nie."

"Checked!"Serentak yang lain menyambut.

Addin mencuit Farisha di sebelahnya. "Jom,balik."

Farisha yang masih berkerut-kerut kening berpaling.Fail di hadapannya ditutup. "Right on."Dia turut bangun mengikut Addin.Fail dicapainya dari meja.

Mereka melangkah beriringan keluar Bilik MPP.

 

Addin menjeling jam di tangan.Dah lewat!Hampir 6.30.Nasib baik mesyuarat buat lepas Asar!Melintasi court basketball,pemain kelab berkejar di tengah gelanggang.

"Hari nie turn guys?"Tanya Farisha tiba-tiba.

"Agaknya."Addin jungkit bahu.Dia melempar pandangan ke arah court.Matanya mencerun tiba-tiba melihat beberapa orang pemain di tepi court sedang berehat. "Fish."Addin berhenti berjalan.

Huh?!Fisha turut sama terhenti. "Kenapa?"Pandangannya ditala ke arah pandangan Addin.

"Budak Form Four mana yang famous sangat tu?"Addin berpaling ke arah Farisha. "Yang Agul pun sampai pening kepala nak tengok hal diorang je."

"Mags 7?"Farisha ketawa.

"Ada kat situ?"Addin masih merenung ke arah court.

Farisha turut merenung court.Matanya dikecilkan. "There's one..."Dia mengerling ke arah Addin. "The one yang pakai arm guard hitam tu.That's Im.Tengah main."Kemudian matanya beralih pula pada barisan pemain yang sedang bersidai di tepi court. "And there's another two tepi court.A-Cid yang tengah minum tu.Sebelah dia Juki.Yang tengah dribble bola."

Addin sekadar memerhati.

"Kenapa?"Farisha mengangkat kening sebelah.

Addin sengih. "Aku nak buat adik angkat."

"Gila!"Ketawa.

"Korang tengok apa nie?"Satu suara tiba-tiba menegur.

Huh?!Addin dan Farisha serentak berpaling ke hadapan.Presiden Kelab Bola Keranjang Kolej Tunas berdiri di hadapan mereka.

DC sengih nakal.Dia menjeling ke arah court di belakangnya. "Korang nak buat calon suami ke budak-budak kat belakang tu?Tengok sampai tak berkelip."

Addin dan Farisha pecah ketawa.

"Korang tengok apa?"DC tanya lagi seolah menekan.Sengih nakalnya masih belum cair.

Addin dan Farisha berpandangan.

"Kitorang baru habis mesyuarat MPP nie."Riak wajah Addin serius. "Cadang nak bagi peruntukan untuk team basketball.Kan nanti banyak event.AND1 la...Adidas Street la..Tu yang tengok korang practice tu.Nak tengok berbaloi ke tak."

DC angkat kening.Farisha ingin ketawa namun ditahan.

"Aku ingatkan tadi kau jampi nak bagi 'dia' jatuh tengah court."DC merenung Addin dengan senyum di bibir.

Wajah Addin dan Farisha sama-sama riak terkejut. "Dia?"

"Tu."DC merenung ke tengah court. "Benz."

 


Posted at 01:58 am by hlovate
Comments (5)  

GT_i[i'm a senior]~Episode4

Dekat dua bulan di Kolej Tunas satu Form Four dah maklum kalau ada apa-apa tragedi jadi.Itu takde kerja orang lain.Magnifincent 7 la tu.Eady,Juki,Lee,ngan K-oi kat Alpha1 4.Air-Jee kat Theta.A-Cid kat Gamma2.Geng memang geng tapi cita-cita tak semestinya sama.Cuma memang sekepala dan gila-gila.Tambahan pulak dulu satu sekolah.

Fazrul Kheynaizi b Mohd Daud.Air-Jee.Science whiz.Berpengetahuan luas dalam trick-trick yang berkaitan dengan chemical.Pernah nyaris-nyaris meletupkan makmal kimia Upper Form sekolah lama kerana kononnya nak try buat eksperimen hidrokarbon tengah-tengah malam buta waktu lepas habis PMR.

Muhammad Faridz Lee b. Mohd. Alif Lee.Lee.Anak kacukan Cina-Melayu.Pemegang tali pinggang hitam 1st Dan dalam taekwondo dan Bengkung Merah Silat Gayung.Expert dalam bab berhubung dengan geng grunge dan jamming.Berpengalaman menguruskan gig-gig di Revival Music Studio.

Shahazrqul b. Shuhaiman.K-oi.Master dalam hal-hal cari jalan keluar sekolah untuk fly.Mengaplikasikan ilmu sabagai ahli Persatuan Kadet Bersatu Malaysia dengan sepenuhnya.Pernah ‘tersilap’ buat entry masuk aspuri ketika di sekolah lama.Paling genius mamikirkan jalan penyelesaian kalau terkantoi.

Khairul Falah Hazruqee b. Muhammad Azman.Juki.Drummer NickleCadmiumz-band underground.Sebut apa saja pasal grunge,underground,hardcore,punk,ska-semua dia tahu.Tak diketahui ramai yang dia dah Grade 6 ABRSM piano dan Grade 7 dalam teori.Paling pandai meniru suara segala benda yang ada di cakerawala.Pernah memendekkan kelas Sejarah dengan buat suara tikus tersepit di celah meja guru.

Ku Azharurrashid b. Ku Aziz.A-Cid.First Guitarist NickleCadmiumz.Peminat setia Richie Sambora,Slash,Kirk Hammet dan Malmsteen.Grade 6 ABRSM violin dan teori.Mahir gila dalam bab IT.Pernah pecah masuk sistem rekod dan maklumat sekolah lama untuk cari soalan exam akhir tahun....Dan berjaya.

Mohd. Eady Shahrazi b. Mohd. Rusdi.Eady.Pernah jadi juara tilawah al-Quran wakil daerah peringkat negeri.Pakar dalam hal litar dan elektrik.Pernah memblack-outkan seluruh kawasan sekolah lama termasuk kompleks rumah guru kerana boring takde homework waktu prep malam.

Syed Mohd. Aimran b. Syed Mohd. Luqman.Im.Raja segala trick yang ada di muka bumi.Dari magic trick sampai la ke trick mengenakan orang.Except black magic dan seumpama dengannya.Paling master dalam bab trick mekanikal.Banyak contact dengan dealer bahan-bahan.Berjaya membuatkan budak –budak perempuan sekolah lamanya tak berani nak berjalan di koridor sekolah waktu prep malam kerana ada orang nampak pokok bunga berjalan sendiri.Macam mana dia buat,wallahu’alam.


***

Kurt menyusun meja studi yang berselerak dengan buku Add Maths.Dia menjeling jam loceng.Gila!!Dah pukul 2.30.Huaarrgghhh!!Ngantuknya aku!Nak siapkan homework Add Maths saja dah dekat empat jam setengah.Ambik sejam time prep malam tadi.Nie dah tiga jam setengah dari pukul 11 tadi.DC ngan Ed dah lama terbungkang dari pukul 11.30.Penat drill basketball agaknya.Dia mengeliat sambil memerhati Benz yang leka dengan gitarnya.

“Kau buat lagu ke Benz?”

“Carik note-She Hates Me~P.O.D”

Kurt geleng sambil manahan kuap. “Add Maths kau siap?”

“Mmm..”

Kurt melangkah ke katil. “Ingatkan aku esok,bawak buku amali fizik Addin gi kelas.”

Benz mengangkat kepala dari helaian kertas di tangan kirinya. “Apsal ada kat kau plak?”

Reference.”Kurt dah merebahkan badan.

 

“Huh!Nasib baik aku sempat mandi.”Kurt tersepuk di seatnya.

“Bangun lambat la tu!!”Didi sengih.

“Kelam kalibut aku dibuatnya..”

“Subuh tak?”

Kurt sengih. “Tapi terlepas jemaah la.”

Addin memilih buku untuk dibawa ke lab fizik. “Buku aku ada bawak tak?”

“Kejap.”Kurt menarik backpack.Dahinya berkerut.Tangannya semakin galak menyelongkar. “Alemak Addin.....”

“Eh,kau tinggal ke?”Addin dah pucat.Gila!Mau mengamuk Cikgu Rosdan.

“Tak de la....”Kurt dah muka susah hati. “Rasanya pagi tadi aku ambik skali ngan buku Add Maths.”Dia cuba mangingat.

Masa ke lab makin suntuk.Kelas dah tinggal lima nam orang je.

Addin menarik senyum tenang.. “Lepak aa...”Dia menenangkan Kurt. “Menda kecik..Bukan mati pun..”

Kurt geleng.

“Yang penting kita doa Cikgu Rosdan lembut hati hari nie.”Dia sengih sambil melangkah ke pintu.

 

Addin menekan-nekan pangkal hidung.Huh!Toron boron otak aku!!Kena pulak tadi Cikgu Rosdan mood Krakatoa.Even aku yang selalu score time exam pun dilupanya!!Aku goreng kata buku tinggal kat bilik dikatanya alasan pasal tak siap kerja.Free je kena buat assignment tambahan untuk kelas.Pass up esok pulak tu!Takpe..Yang penting Kurt selamat.I owe him once last year.

“Eh,mana kau jumpa?”

“Semalam kau lalok gi letak atas buku aku la tu..”

Kurt bangun menuju ke seat Addin. “Addin,buku kau.”

Addin nganga. “Aik!Mana kau jumpa kat sini pulak?!”

“Aku pun misteri.”Kurt muka musykil. “Rasanya aku letak atas buku aku malam tadi.Tiba-tiba gi sekolah ada skali ngan buku Benz.Dia yang bagi tadi.”

“Benz?”Addin memastikan sekali lagi.Natrium benzoat tu?!

“Yup!Apsal?”

“Nothing.”Addin geleng. “Thanks anyway.”Dia sengih pada Kurt.Kemudian dia menjeling seat dua line di belakangnya.Benz senyum Musang Si Guntang merenungnya.Natrium bromat punya mamat!!Cari pasal ngan aku lagi!!

 




Posted at 01:56 am by hlovate
Comments (11)  

GT_i[i]m a senior]~Episode3

Magnifincent 7 memang enjoy di Kolej Tunas.Sentiasa happy riang ria.Kalau boring bukak aje la kotak ajaib si Im.Memang sure takkan boring dah.Elok habis je minggu orientasi dah ada mangsa yang kena bubble-trick Air-Jee.Campuran segala macam sabun basuh,shampoo,sabun pencuci toilet,gam PVA,air ngan telur ayam.Maka terhasil la buih sabun yang super kuat dan takkan pecah even kalau terlanggar benda lain.Maka esok pagi lepas malam projek tu terkejut la mak cik-mak cik dining hall bila tengok Dewan Meranti dah macam alam fantasi je gayanya...

 

Seisi Alpha5 dapat menerima Benz dengan baik.Tapi Addin masih terasa alergi.Yelah...Diorang yang lain jumpa yang dah kena scrub,dah kena basuh.Ada le nampak macam budak sekolah.Time aku yang jumpa dia dulu macam kutu!Semasa Benz masuk ke kelas pertama kali,perkara pertama yang dilihatnya tangan dia ada jam je.Kat leher pun dah kena 'cekik' dengan tie.Tak tau la pakai ke idak tali azimat dia tu.Rambut pun ada la kesan kena potong.Tapi cecah jugak kolar belakang.Rambut depan dah macam langsir tingkap.Macam tu pun si Fisha boleh kata spesis handsome?!!Teruk punya taste.Tak paham aku!!Tapi memang serius dia tak berkenan langsung dengan lelaki bertindik nie.Nasib baik dah takde subangnya tu.Setau aku kalau bertindik sebelah tu gay je!Tapi tak lama skemanya pun....Di jarinya muncul kembali metal ring.Tie pun dah macam apa.Loose jer..

 

Addin rasa nak bagi flying-kick je.Dicekik-cekiknya bantal di atas riba sekuat hati.Spirogira asbestos kumulunimbus asetat betul budak Mercedes..err..Carl..err..what the heck's the name.Benz..Haa!!Benz!!Benz Aliff konon.Dah le Mercedes!Lagi..Volvo...Toyota...Volkswagon!!Alif ba ta Pak Aji mata buta!!Dipusing volume walkman hingga full-blast.Pekak sekejap telinganya diasak suara Scott Stapp.Nasib baik room mate yang lagi tiga orang tu takde,kalu tak alamat jadi mangsa aku je la...

 

"Time sekolah benda nie haram."Aku dah cakap baik-baik.Apa gaya cun pakai cincin nie?!Kot ye pun cover le sikit.Menguji kesabaran aku di petala ke lapan!Aku yang perempuan nie pun takde bercincin lagi.

Mata nuklear tu merenung Addin atas  bawah. "Ada wa kacau sama lu."

Kurang hajer!! "Ikut law la kawan!"

"Apa lu ingat mandat besar?"Suara cool tu betul-betul menyakitkan hati.

Mata Addin mencerun.

"Kalau lu nak tunang wa boleh bagi yang nie...."Tone menyindir.

"Sapa nak mamat gay macam lu!"Kali nie lazer Addin menjawab.Nasib baik area tu lengang.

Benz buat ye tak ye. "Lu minat cakap minat.Boleh discuss."

Addin mengetap gigi.

"Tak pun lu boleh tunang sama head-boy."Memang dasar selamba nak mati!!

Masa tu le pun si minah Eve tu lalu!!

"Eve?"Langkah Eve mati di sebelah mereka. "Aku nampak macam gay ke?"Benz menolak rambut depannya ke balakang.

"No way!!"Eve ketawa sambil menjeling Addin yang dah berapi. "Tapi Iron Lady nie taste dia susah nak ikut....Kena skema straight  pembaris..."Dia mengulas senyum manis yang dibuat-buat. "Come Benz."

Benz mengatur langkah di belakang Eve. "Bye head girl."Dia mengangkat kening sambil senyum menyindir.

 

Bantal tu dicekiknya lagi.Baru setengah bulan kat sini dah naik remos kau ye!Ciss!Kau tak kenal lagi Addin Shah siapa!!You'll pay...I don't accept credit card...Cash!!


***

 

"Tahun nie Eve tu tahan sikit,eh"Fisha sengih sambil meratakan toner ke wajah.

                "Insaf pasal tahun lepas le tu."Juan mengalih muka dari muka surat Dewan Siswa.

                "Nak pekena freshies karang kena gantung."Pa'e menung. "Serius boring."

                Senyap berfikir.

                "Haaa...!"Addin petik jari.Dia menekan butang stop walkman.

                "Siapa?"Serentak yang lain bertanya.

                "Tapi sure korang tak nak punya..."Addin menggosok dagu menduga.

                "Siapa?Kucai?"Fisha ketawa. "Aku tak nak kacau head-boy."

                "Abang aku buat hape!Merosakkan hidup ada la!"

                "Abis?"

                "Benz?"Addin buat kening double jerk.

                Serentak yang lagi tiga menggeleng.

                "Cari penyakit takde vaksin namanya tu."

                Benz Aliff Sulaiman.Memang spesis yang jarang ditemui.Budak taiko berotak brilliant.Ada essence Darth Vader.Ada background backstreet.Tak pernah nak fikir ikut rules and regulations.Main hentam law dia aje.Tapi still lagi boleh diterima.Kalau nak cari pasal tu...Baik jangan la..

Addin mencebik.Kan aku dah kata!!Kalau tak best je aku revenge ada orang tolong! "Tak nak Benz..."Addin menung jauh. "abis tu siapa?"

Fisha sengih nakal. "Ojan?"

"Mamat smart tu?"

"Cousin Eve?"

Addin sengih. "Apa yang kau nak buat ngan dia?"

Fisha angkat kening double jerk. "Best punya plan."

 

 

 


Posted at 01:55 am by hlovate
Comments (2)  

Friday, February 25, 2005
GT_i[i'm a senior]~Episode2

"Aku ingat lagi tahun lepas...."Agul mengenang. "Dua kerat je girls kolej nie yang bertudung."

Mereka yang lain ketawa.

"Tengok la head girl kita siapa...."Jen angkat kening.

"Tapi ada jugak yang tak insaf lagi tu."Kurt sengih geleng kepala.MSC le tu!

"Tak sampai seru lagi....."Aussie menjawab. "Yang penting geng kita beres."

"Yep!!"

"Aku dengar cousin Eve masuk sini."Fisha buka topik baru. "Korang dah scan?"

Padi gosok dagu. "Aku dengar paras aku ada sorang budak baru."

"Korang tak rasa pelik ke?"Addin mengerut dahi. "Apsal si Eve tu tak bising riak gila pulak."

"Betul gak."Kuman angguk.

Kenapa ye?!

 

Pejam celik dah lima hari semester baru di Kolej Tunas.Kucai,Kurt dan Addin tak menang tangan menjalankan tugas.Exco-exco Majlis Perwakilan Pelajar turut tak cukup tanah nak berjalan.Senior-senior lain turut sibuk menguruskan Ice'breakin'berg  Week untuk freshies.Prefects ke hulu ke hilir memastikan tiada students in distress.Hasrat nak mengenalpasti cousin Eve terbengkalai macam tu je kerana masa nak bernafas pun tersangkut-sangkut.Yang penting budak tu bukan budak Alpha atau Tetha.Dan bukan jugak room-mate bagi geng GT_i.

"Akhirnya..."Addin menghempas badan di atas kerusi di sebelah Kurt.

"Lastnya..."Reza memetik jari.

Mereka ketawa.

"Dua kata satu makna tu...."Fisha sengih.

"Addin means lain.Itu namanya azab orientation week dah abis."Reza buat muka misteri. "The expectation is over."

"Amende?"

"Cousin Eve dah dikenalpasti.Aku dah jumpa dia."

"Haaa!!"

"Waa!!Paparazzi Reza."

"Dan aku dah tau jugak apsal Eve tak mention langsung-langsung pasal budak tu."Reza angguk.

Mata yang lain bulat.

"Budak tu home-boy."

Yang lain terdiam.

"Kronik sangat ke?"Agul tanya.

"Ingat tak mamat yang kita kata mummy-boy freshie kat Dewan Meranti tu?"Reza mengingatkan.

"Which one?"Matt mengerut dahi.

"Yang kita kata supernatura tu."

"Do you mean .....him?"Addin menuding ke luar pintu dengan kening sebelah terangkat.Itu sah spesis supernatura de  sepultura.

Semua kepala berpusing ke arah pintu.

Aiieee....specs ol'skool.Rambut skema maut.Apa gaya belah tepi nie?!Dia pakai slacks ngan shirt time riadah?Kemeja lengan panjang pulak tu.Lengan kemeja berbutang.Satu sut beriron.

Addin dan Fisha geleng kepala serentak. "Aku ingatkan salesman."

Reza sekadar tersengih. "At least dia tak pakai tie."

Ketawa pecah lagi.

    

***

Pejam celik dah dekat dua minggu lepak kat sini.Addin geleng kepala sambil menyelak buku fizik.Pejam celik lagi SPM.Brrr...Addin geleng kepala lagi.Takutnye aku!!Dia mengerling Fisha di sebelah yang tekun mengadap buku di depannya.Hmm...Balik-balik Bio jugak yang ditengoknya.Lagi lima minit abis briefing tu karang sure gi berdebat ngan Casper punya.Alpha1 5 agak tenang dari prep last year.Even SPM berjela lagi panjang jauhnya tapi exam fever dah terasa!!

"Fisha!"

"Mmm?" Member tak angkat muka.

"Ada plan yang best tak?Aku boring aaa..."

Fisha mengalih muka dari buku. "Oi!Kau tu dah jadi head girl.Sedar sikit.Kena gantung baru tau!"Dia sengih.

"Kau tu Exco Penerbitan dan Seranta!Ngingatkan aku...."Addin mencebik. "Serius aku boring gila nie..."Dia mengeluh.

"Nanti la bila-bila." Fisha kembali mengadap Bionya. "baru dua minggu.Kita warming up dulu."

 

"Apsal?"Addin melangkah keluar pintu lab.

"Mama Leha panggil."Kucai dah melangkah dulu ke arah bangunan pejabat pentadbiran.

"Kenapa?"Addin beriringan.Naya aku kena skip amali fizik.Ciss!!

"Ada anak orang besar mana ntah masuk sini."

"Oooo..."Addin angguk. "Jaws ke ikan bilis?"

"Kalau dah sampai kita kena panggil,anak jaws le tu."Kucai menanggalkan specs.

"Apsal tak pakai contacts?"Addin mengalih topik melihat abangnya menggosok cermin mata dengan hanky.

Langkah Kucai mati.Addin ikut terhenti.

"Bila masuk sini dah hilang bahasa,eh?"Kucai menarik muka tegang.

Addin diam.

"Abang ke mana....Didi ke mana....Main taram aku kau aku kau je..."

"Takkan nak panggil abang..."Addin tunduk merengus. "Malu aa.."

"Tak kira la.Nanti sumpah jadi adik derhaka baru tau!"

Addin mencebik, "Ye la...abangg!!"

Kucai sengih. "Abang mandat besar!"Dia menyarung semula cermin mata sambil meneruskan langkah.

"Blah!!!"Addin turut sama menghayun kaki sambil ketawa.

 

Kucai mengetuk pintu bilik pengetua.Dia dan Addin sama-sama masuk.Membelakangkan mereka Mama Leha dan Cikgu Jamal.Di kerusi berhadapan Puan Nazriah seorang pak cik (yang title dato' agaknya) dengan seorang boy di kerusi sebelah.Puan Nazriah senyum melihat Addin dan Kucai masuk.Dia bangun.

"Ini head boy dan head girl kami."

Pak cik dengan boy tu seraya berpusing ke belakang sambil bangun.


~~**^^



Posted at 03:23 pm by hlovate
Comments (10)  

GT_i[i'm a senior]~Episode1

"Addin,kau dah gemok la!"Fisha sengih sambil mengemas katil. "Mentang-mentang cuti panjang.Kau bina badan,ye."

GT-09 gamat.

"Mana!!Pinggang aku maintain lagi 19 inci."Addin membaling Fisha dengan Hemo-Hemo.

Farisha mengelak.Terkena kepala Pa'e yang sedang mengemas locker.

"Woi!Apa aku jadi mangsa keadaan nie?!"

Ketawa pecah.Pintu tiba-tiba terkuak.DN masuk. "Hi guys!"

"Assalamualaikum!"Seisi GT1-09 menyela.

DN ketawa. "Haiyee…Sori.Waalaikumsalam."

"Apa cerita?"Addin menyambut Hemo-Hemonya yang dibaling Pa'e.

DN duduk di atas katil Addin.

"Tahun nie SPM."Dn sengih jahat.

Aaarrrrgghhhh!!!

"Spoil new term la kau nie!"Addin menjulingkan matanya.

"Aku sure DN ada cerita hot.Kalau idak jangan harap dia nak datang."Fisha sengih ke arah DN.

DN ketawa lagi. "Yep!!"Dia mengangguk. "Cousin Eve masuk sini."

"What!!"

"Ape??!!"

"Haa!!"

Addin ketawa kuat. "Bagus la tu!Dia jadik junior kita…Kita boleh ragging."

DN geleng sambil ketawa kecil. "In your dream head girl.Budak tu Fiver."

Rahang Addin jatuh.

"And the cousin is a boy!"

Kali nie rahang Juan,Fisha ngan Pa'e pun jatuh sekali.


***

"Alemak aiii!!!Tak sangka ler plak  korang pun jam kat sini!!"A-Cid ngan Eady dah slap hi-fi. "Asparagus betul!!Bukan nak inform aku!!"

"Lepak aa.."Juki ngan Im ketawa. "Aura Mags 7. "Im sengih nakal.

A-Cid angkat kening double-jerk. "Memang pun."

Kening Eady,Juki,ngan Im berkerut. "K-Oi,Air-Jee ngan Lee pun lepak sini?"

"Heh..Heh.."Sengih A-Cid melebar. "Kitorang satu bilik la…"

"Ya rabbana…."Eady geleng kepala. "Alamat meletup la kolej nie nanti.."

 

Dewan Cengal riuh gila.Masing-masing lama tak jumpa.Terpaksa penyelia mengetuk gelas menyuruh diam.Bebudak freshies Form Four makan di meja line depan.Senyap je.Abis skema le tu!Baru first day...

"Addin.berapa ramai budak masuk?"

"Macam kita tahun lepas."Addin menyua sudu ke mulut. "240."Dia merendahkan sikit volume walkmannya.

Fisha angguk puas hati.

"Fivers ada tambah ke?"Pa'e pulak tanya.

"Girls setakat nie takde."Addin mencongak dalam kepala. "Tapi Kucai kata boys ada.Termasuk la cousin si Eve tu gamaknya."

"Kau tackle la,Addin.Boleh sedara ngan Minah Salleh....."

"Celup!!"Addin,Fisha dan Juan menyambung spontan sambil ketawa.

 


 

 


assalamualaikum
here is it
[tunas]

the compilaton of
GreaTroublemaker_i
GreaTroublemaker_[i'm a senior]
Magnificent 7 the Legend

and this will be the last posting here on [tunas]
the printversion insya Allah
will be out in August 2008

for orders and enquiries go to
www.jemariseni.com
 
kalau nk tanya pasal tambahan
one word : massive =)
coz the mags7 got a whole chunk of major part on them alone
expect the unexpected

Posted at 03:21 pm by hlovate
Comments (21)  

terlajak..

terlajak publish versus sampai dah masuk PartII padahal initially nak sampai PartI je.Then publish GT_i[i'm a senior].maka buat seketika bg laluan kat [i'm a senior] la kot.ehehe..manyak sori la.versus tunggu jap la ek.tak lari ke mana pun.

Posted at 03:15 pm by hlovate
Make a comment  

Thursday, February 24, 2005
sori...

lotsa sorry sebab bombard korang dengan entri nie cam M16 outta control je.pastni maybe bz habisan.even material dah siap tp mana la tau....kot tader masa nak upload.apaper pun,enjoy.read n shout.

Posted at 03:16 pm by hlovate
Comments (3)  

versus[PartI]~end

                ^^

              


Posted at 03:14 pm by hlovate
Comments (13)  

versus[PartI]~Episode12

               Minn mengacau ice lemon tea dengan straw.Earphone di telinga kanan melagukan Boulevard of Broken Dreams.Buku management yang terbuka di hadapannya masih belum berubah muka surat sejak tadi.Kafeteria kolej agak lengang.Namun tumpuannya tidak dapat difokuskan ke arah teori-teori yang terasa menyesakkan kepala.

                "Minn."Satu suara tiba-tiba menegurnya.

                Pandangan diangkat dari muka surat yang entah apa dibacanya.Minn mengukir senyum. "Jett."Ujarnya sepatah. "Tunggu A'ai?"

                Angguk.Jett duduk di hadapannya. "Lecture dia tak habis lagi." Penutup tin Coke ditarik. "Alone?"

                "Yep.Yaya ada consultation."

                Diam.Minn kembali merenung patah-patah kata di hadapannya.Sesekali telunjuk dan ibu jarinya mengurut pangkal hidung.Jett melamun merenung jauh.Sesekali Coke di hadapannya diteguk.

                "Ada nampak AO?"Tiba-tiba Jett bersuara.

                Minn mengangkat muka.Keningnya terangkat sebelah. "Tak."Dahinya sedikit berkerut. "Apa kaitan pulak aku dengan dia yang kau tanya nie."

                Jett senyum tawar. "Mana la tau."Terdengar dia mengeluh perlahan.

                Wajah Jett direnungnya. "Kenapa dengan dia?"

                Jett merenung jauh. "Aku pun tak tau la nak kata macam mana."Tanpa sedar dia menekan pelipis kanannya. "Dah lain."

                Minn diam sejenak. "Lain?"

                Jett merenung wajah gadis di hadapannya. "Dia dah tak macam dulu.If I dunno better,I mighta think that he wanna quit Bronx."

                Huh?!Riak wajah Minn nyata terkejut.

                "Now dia comes around about after 5.Let it be for basket or skate."Mata Jett masih belum melepaskan wajah Minn. "He deliberately cuts off his night life.No pool,pubs or clubs.Just sometimes kalau lepak dekat ChilleT,tak pun Kalam's..On weekends pun not most of the time dia hang around.Kadang-kadang MIA."Jett berhenti mengambil nafas seketika. "But somehow sekarang he plays basket macam tahap apa and skate like he's not even himself.So,kitorang tak boleh nak kata apa.Even Fudge gave him thumbs up."

                "Fudge?"Yang tricks dah sampai tahap dewa?

                "Fudge."

                Minn berdebar tiba-tiba.Kenapa dia jadi macam tu?

                Jett masih merenung wajah Minn. "So?"

                "Aku tak tau apa-apa."Riak terkejut di wajahnya masih belum hilang. "Kenapa dengan dia tu?"

                Jett geleng. "Since almost 2 months back."

                ...I yang akan change for good...

                "Maybe sebab dia depressed nanti akan tinggal korang bila pergi OZ nanti."Tanpa berfikir panjang itu yang diluahkannya.Namun jauh di sudut hatinya Minn terasa itu bukan jawapannya.

                Kening lelaki di hadapannya terangkat. "Mana tau AO nak pergi OZ?"

                Alamak!Minn menelan liur. "People talk."

                "Minn."

                Minn mengangkat wajah.

                "AO best friend aku.He thinks for himself.Bila dia rasa something baik untuk dia,dia akan buat."Mata Minn dipandangnya lama. "Aku harap dia tak buat pilihan yang silap."


                 ***

               

             Luggage 35" ditutup dan dizip.Checklist di tangan kanannya direnung.Done!AO bangun dari duduknya di lantai.Berdetap pinggang dan sendi bahu bila tangannya diregangkan.Dia melangkah ke arah katil sambil sebelah tangan mengurut leher yang terasa sengal.Penat!

                Quick Grasp of Faith di atas night table dicapai.Tubuhnya disandar ke kepala katil dengan bantal di belakang.Buku yang sudah separuh terbaca itu dibukanya.

QUESTION 62

After I start living Islam, will I be responsible

before Allah for the sins I have committed in

my past life?

 

                Sepintas wajah Syah menerjah kotak fikirannya.

                "Kau nie…."

                AO merenung wajah sepupunya. "Aku serius nie,Syah."

                Lelaki itu menggosok dahi seketika. "Kau nak buat minor dalam Pengajian Islam pulak ke nie?"

                "Syah..."AO merenung mata graduan MMU itu. "You know me.You now what I've been.Now and then."Pancaran mata AO benar-benar berharap untuk sepupunya itu memahami.

                Syah merenung jauh.Apa yang dia tak tahu?Sememangnya dia dan AO rapat sejak kecil.Hatta masa cuti sekolah waktu family Pak Ngahnya masih tinggal di Ipoh pun dia rajin berkunjung ke sana.The same case with Ashraff;AO.Bila dah pindah ke sini pun,rumah pun tak la jauh mana.Still lagi daerah KL.Life Ashraff,dia boleh recite satu-satu macam baca doa qunut.Sejarah skate,basket,dan streetlife sepupunya;kalau nak trace balik...since forever.Engrossed sangat dengan life yang satu sampai dah rasa itulah hidup matinya.Tournament dan showdown kadang-kadang dari pagi sampai ke malam.Sembahyang memang dah kira burn.Malam pulak dah dengan pool,kadang-kadang ada b-dance clash antara clan,kadang-kadang just hang around dengan clan di mana-mana club atau pub.Namun setahunya Ashraff tak pernah lagi tonggang atau angkut perempuan atau kejar nyamuk dengan asap shisha atau rokok.Sekurang-kurangnya yang tu masih terjaga.

                "Aku bukan pernah tonggang liquor pun.Ingat aku dah tak ingat Tuhan ke?"

                "Kalau kau ingat Tuhan kau takkan tinggal sembahyang sekurangya."

                Dan itu bukanlah suatu argument yang pelik antara mereka.Namun Ashraff still jugak buat solat tu macam angin lalu.

                "Syah."

                Padangannya ditala semula ke wajah AO. "Aku tolong mana yang aku mampu.Aku boleh recommend some books yang boleh tolong.Tapi nak belajar bab agama nie kena berguru,Ashraff.Tak boleh solely on books je."

                "Aku tau...Kau pun kena la tolong aku."Perlahan AO bersuara.Pandangannya dilempar jauh. "Hope it ain't that late."

                "Nothing's too late sebelum mati,bro."Syah memutar straw di tangan. "By the way,boleh aku tanya kenapa out of the blue kau tiba-tiba jadi macam nie?"

                AO melepas nafas panjang.Pertanyaan Syah dibiar berlalu.

                "Ashraff,we've known each other since forever.Aku tau kau mesti ada reason yang baik behind all these.Dan aku bersyukur sangat-sangat."Syah berhenti menarik nafas. "Tapi aku jugak sangat-sangat berharap kau berubah bukan solely atas reason seorang perempuan.Sebab kalau dengan reason tu,aku takut kau akan hanyut balik.Let it be because of Him."

                Kata-kata Syah menyentak fikirannya.AO mengalih pandangan ke wajah di hadapannya. "Initially,yes.Kerana seorang perempuan."Wajah Minn terbayang di layar ingatan. "Tapi somehow aku terasa apa yang kau baru cakap tu tak lama lepas tu.From Him that I came,to Him that will I be returned.Sepatutnya aku hidup untuk itu."

                "It will cost you hell to change,as a manner of speaking."

                "I know."

 

                Handset yang melagukan Welcome to My Life menyentak lamunannya.AO mencapai telefon itu dari night-table.Nama pemanggil yang tertera pada skrin membuatkan hatinya bercelaru tiba-tiba.

                "Hello."

                "Hello.Assalamualaikum."Perlahan suara itu mencecah gegendang telinganya.

                "Waalaikumsalam."Buku karya Harun Yahya di tangan diletak tepi.

                "AO?"Teragak-agak suara itu bertanya.

                "Saya."AO membetulkan sandarnya ke katil. "Minn?Kenapa?"

                Minn terdiam sejenak.Lembut suara AO bertanya membuatkan dia hilang kata-kata.

                "Minn?"

                Minn menarik nafas panjang. "How's life?"

                "Fine"Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum nipis. "Out of the blue,you tak call me just to ask how am I doing,ey?"

                Darah terasa menyerbu ke muka dengan usikan itu.Minn mengadah siling bilik.Macam mana la aku boleh terbuat kerja gila call mamat nie?!

                "Kenapa nie?"

                Wahai Ashraff Omar,boleh tak tune sikit tone suara tu jadi macam biasa aje...Tak payah cakap macam casanova kelas satu yang nak cairkan hati perempuan kabaret!Minn menelan liur.Astaghfirullah...Memang betul la dia nie dah berevolusi jadi...jadi...

                "Minn Edina."

                "Hmm."

                "Am I missing something?"Tone suara AO masih belum berubah.

                Minn mengesat hujung mata kanan yang terasa berair. "What happened?"

                "What happened?"AO mengulang.

                "What happened to you?All of sudden....out of nowhere..Kenapa tiba-tiba....."

                AO mngusap wajah.Pandangannya ditala ke siling. "You've been to talking to Jett I."

                "Couple of days back."

                AO menghela nafas panjang. "This Saturday,free?"

                Huh?!

                "I'll pick you up at you house.Around 10."

                "But..."

                "You need rest.Now put everything aside,and have a good sleep,okay?"AO mengerling jam di dinding.Hampir 2 pagi. "I'm sorry that you've been kept awake up to this hour because of me."

                "It is not because of you."Minn menggigit bibir bawah.

                Bibir AO mengukir senyum. "I know.It's not because of me."

               


 


Posted at 03:12 pm by hlovate
Comments (6)  

versus[PartI]~Episode11

                Deck diriba sambil matanya leka memerhati skaters lain beraksi.100 Plus diteguk perlahan.Allah...AO menggeleng perlahan.Lupa lagi!Bibirnya bergerak perlahan.Kemudian tanpa sedar dia tersenyum sendiri.

                "Jauh menung?"Serentak dengan itu bahu AO ditolak mesra dari belakang.

                AO berpaling.Fudge of Wrath....Fudge sengih.Di belakangnya Jett sedang mengelap peluh di dahi dengan kee.

                "Mana pulak aku menung."AO menutup botol air di tangan.

                Fudge dan Jett sama-sama menghempaskan tubuh di kiri kanan AO.Fudge meletak deck di sebelah.Air mineral di tangan diteguknya sambil mata menala ke arah rail.Miju sedang beraksi.

                "Panas gila hari nie."Jett bersuara sendiri.

                AO dan Fudge serentak mengangguk.

                "Panas sangat ke yang sampai kepala kau pun tak betul lepak kat sini nie?"AO mengerling Fudge dengan ekor mata.Kemudian matanya menala ke balik sana rail di mana skaters Wrath lepak sambil berehat.

                Fudge ketawa. "Lebih kurang la."Air di tangan diteguknya lagi. "Tapi tak la panas sampai tak betul kepala macam kau."Ekor mata Fudge menjeling AO. "Buat trick macam sial,siot."Dia menggeleng. "Aku nak berguru nie.Tongkat Ali cap apa yang kau makan sampai jadik raksasa nie?"

                AO tidak segera menjawab.Dia sekadar senyum nipis sambil menggeleng. "Sejak zaman bila pulak la aku makan Tongkat Ali."Matanya masih pada Miju. "Kalau kau nak kata aku raksasa...Korang punya Miju tu lagi la raja segala raksasa."

                Fudge sengih. "Tapi semenjak dua menjak nie kau yang dah berevolusi jadi raja segala Godzilla.Dah tak macam orang je kau nie."

                AO memutar wheel.Senyumannya masih belum cair. "Kalau patut nak beguru,patut aku yang cari kau la Fudge."

                Fudge tidak menjawab.Sekadar ketawa kecil. "Sekarang nie aku jarang nampak kau kalau ada apaper.Tapi sekali-sekala keluar,jatuh rahang aku dibuatnya.Kau bertapa ke apa?"

                Jett yang dari tadi diam pecah ketawa. "Jargon kau memang gila la Fudge.Tongkat Ali...bertapa...Memang Melayu tradisional betul la."

                AO ketawa kecil.Jam di tangan dipandang sekilas.Dahinya berkerut. "Dah lewat nie.Aku blah dulu la."Dia bangun. "Ada hal nak settle."

                Fudge terpinga-pinga. "Hey,mate.Kalau kau tak suka aku lepak sini,aku blah."Serius dan ikhlas.

                AO menggeleng. "Tak.Aku memang ada hal nak settle kat rumah."Pandangannya dialih pula pada Jett. "Bagi tau Jade and the rest.Lagipun event aku dah habis."

                Jett sekadar mengangguk.Riak wajahnya tidak berubah dari tadi. "Malam nie?"

                "Aku..."AO merenung sejenak seolah memikir. "Tak."Dia memberi kata putus. "Aku pergi dulu."Ujarnya sebelum melangkah.

                "Jangan ambil hati.Sekarang dia memang macam tu."Jett menghela nafas panjang.Matanya masih mengekori langkah AO.

                Fudge mengangkat kening sebelah.

                Jett sengih tawar. "He blasts his tricks,he blasts his life."

                Huh?!Fudge makin pening.

                Jett menggeleng perlahan.Dia bangun sambil mencapai deck. "Kau nak nganga ayan sampai bile.Turn kau kan lepas nie."Langkahnya diatur ke arah rail meninggalkan Fudge di belakang.

               

                Minn dan Yaya merenung A'ai yang baru melangkah masuk ke dalam Pizza Hut.

                "Ek?Sorang je?Mana Jett?"Minn memanjangkan leher.

                A'ai duduk di kerusi di hadapan Minn. "Hari nie kan ada Clash of the Clan dekat Midvalley."

                Minn terdiam.Clash of the Clan...

                "....serabut.Lagi pun dia tengah susah hati...."

                Buah butir percakapan antara A'ai dan Yaya bagai angin lalu.Minn merenung jauh.Along...Wrath...Deck...Rail...

                "....tak tau kenapa...AO..."

                Minn  tersentap kembali ke alam nyata. "Apahal dengan mamat tu?"

                A'ia mengangkat bahu. "Aku pun tak faham.Tapi Jett upset la sebab AO dah lain semacam je."

                Yaya dan Minn sama-sama mengangkat kening.Lain semacam?

               

                AO separuh berlari mendaki tangga.Decknya dibimbit dengan tangan kanan.Sebaik sahaja pintu biliknya dibuka,cap di kepala dicabut dan dicampak ke atas katil.Deck diletak di belakang pintu.Jam di dinding dijeling.Lewat dah nie.Dah dekat 5.30.Sambil melangkah ke bilik air tee shirt yang dipakai sejak pukul 2 petang tadi ditarik melepasi kepala.Seketika kemudian kedengaran bunyi percikan shower.

                Tubuhnya kini bersarung cotton clack putih dan tee bersih.Wajahnya diraup sejenak.Sejadah dihampar di sudut bilik.Cahaya dari sang matahari yang condong di barat menyimbah ke wajah.Allahuakbar...

 


Posted at 03:10 pm by hlovate
Comments (12)  

Next Page