Saturday, February 19, 2005
actually trilogy nie dh dipublish ikut sequence yang terabur nie.patutnye GreaTroubleMaker_I,pastu GT_i'm a senior,pastu GT_i'm outta teens.Tp dr GT_i dah skip [i'm a senior],terus masuk [i'm outta teens].ehehe..cuz [i'm a senior] terabur.trilogy nie projek lama.Aku start ngan GT_i masa aku abis form 3.Start ngan [i'm a senior] masa form 4.Start ngan [i'm outta teens] lepas abis SPM.haha..kira sumer aku start sebelum step in that stage of life.
[i'm a senior] nie so far ada la part belakang-belakang tu yang tak berapa nak betul sangat.Tp aku akan start publish jugak la lepas nie.Lepas tu aku publish VERSUS,tak pun 5bulan5tahun.Tak decide lg mana satu.
apaper pun,enjoy reading.
apaper yang tak betul,shout out aje,ok?
Posted at 04:31 pm by hlovate
Permalink
Friday, February 18, 2005
maka abisla [i'm outta teens].aku pun tatau la ending dia korang suka ke tak.haha.kalau suka cakap.tak suka pun cakap jugak.kalau nk suruh sambung lagi..err..eheh..apaper je la.tq la pada sesaper yg dah drop by baca.
pasni aku tatau nak publish yg mana satu dulu.[i'm a senior]?versus?ke...5tahun5bulan.haha...aku pun dah pening jugak.apaper pun,read n shout,k.
enjoy!
to my proof-reader:ok tak versus?pass tak nak bg org baca?
Posted at 01:48 pm by hlovate
Permalink
GT_i[i'm outta teens]PartIV~finale
~crude~
1259 : December 03 2003
the days
[haha..poyo jap]
assalamualaikum
here is
it
[tunas]

the
compilaton
of
GreaTroublemaker_i
GreaTroublemaker_[i'm a
senior]
Magnificent 7 the Legend
and this
will be the last posting here on [tunas]
the printversion
insya Allah
will be out in August 2008
for
orders and enquiries go to
www.jemariseni.com
kalau nk tanya pasal
tambahan
one word :
massive =)
coz the
mags7 got a whole chunk of major part on them alone
expect the
unexpected
Posted at 01:44 pm by hlovate
Permalink
GT_i[i'm outta teens]PartIV~Episode6
Posted at 01:42 pm by hlovate
Permalink
Thursday, February 17, 2005
GT_i[i'm outta teens]PartIV~Episode5
Posted at 01:27 pm by hlovate
Permalink
GT_i[i'm outta teens]PartIV~Episode4
Kelam-kabut Addin meletak kereta di depan rumah.Dia terpaku seketika bila melihat Camry itu damai di tempatnya.Langkahnya kemudian lambat-lambat keluar pintu.Dia memejam mata seketika.Agak-agak apa reaksi Chik aku tak balik semalam?Beg laptopnya dan kunci kereta ditarik keluar.Belum sempat dia menutup pintu kereta,pintu depan rumah terbuka.Wajah Chik terjengul.
"Addin!"
"Assalamualaikum,Chik."Addin sengih.Antara penat dan serba-salah.
"Waalaikumsalam."Chik melebarkan daun pintu bersama senyumnya.
Addin melangkah masuk.Matanya menala ke ruang tamu.Sunyi.
"Dia kat atas."Ujar Chik seolah membaca fikiran Addin. "Dah makan?"
Addin geleng.Dia mengekori Chik ke dapur.Tudungnya ditanggalkan dan diletak di atas settee bersama laptop.Kunci kereta disangkutkannya di tepi tangga.Debar hatinya tidak terkira.
"Benz okay tak,Chik?"Akhirnya tanpa mampu ditahan terkeluar soalan itu dari bibirnya.
Chik berpaling dari menyenduk nasi.Sedikit terperanjat wajahnya.
"Chik tau tak dia accident?"
Posted at 03:11 am by hlovate
Permalink
GT_i[i'm outta teens]PartIV~Episode3
"Eh,kenapa cerita Didi macam lain sikit?"Dahi Kucai berkerut.
"Mungkin dia tak tau lagi yang tu.Chik yakin la Benz dah cerita semua."
Sebelah tangan Kucai menggendang mejanya sementara sebelah lagi tangannya memegang handset ke telinga.Kemudia dia mengangguk. "Betul jugak,kan Chik."
"Kena ditolong tu abang.Kalau tidak entah jadi macam mana pulak."
Kucai melurut cermin matanya ke meja. "Hmm...Boleh ditolong lagi tu.Chik ngan Didi pulak kali nie."Dia memutuskan.
"Benz?"
"Benz biar abang yang selesaikan."
Posted at 03:09 am by hlovate
Permalink
Wednesday, February 16, 2005
GT_i[i'm outta teens]PartIV~Episode2
" Damn!"Hampir dihentak laptop di depannya.Benz menanggalkan cermin mata lalu dicampak ke atas meja study.Dia meraup wajah.Ditariknya nafas panjang-panjang.Is this love?Sakit!Hatinya merengus perlahan.Benz bangun dari kerusinya.Dia melangkah ke arah katil.Gitar kapok kesayangannya yang dibawa dari Selangor dicapainya dari tepi night table.Perlahan jemarinya menari membetulkan tali yang off-tune.Dah begitu lama tangannya tak memetik gitar.Terasa sedikit keras tangan dibuatnya.Tanpa sedar bibirnya melagukan 'Hlovate'.Tersedar;Benz tersenyum kelat.Lagu itu dinyanyikan masa Malam Bersama Selamanya.Lirik lagu itu adalah paduan sentuhan dirinya sendiri dan Kucai.Lagu tu diciptanya dengan Addin sebagai sumber inspirasi;dalam diam.Didi....
Benz memutar kembali kotak fikirannya.Terasa macam perkara lama berulang kembali depan mata.Hubungannya dengan Addin yang baru mula berputik tercantas begitu sahaja.Macam masa kolej dulu jugak.Dan kali ini dia juga yang merosakkan cerita.Ada la hikmah tu agaknya....Ujar hati Benz memujuk diri.Namun hatinya terasa sayang dan terkilan.Siapa sangka?Dari gelaran 'anti' dan 'archenemy' jadi suami-isteri.Dari tak pernah bertegur sapa langsung sampai dah boleh bergelak ketawa.Itu tanda hubungannya dengan Addin masih ada sinar harapan untuk berkongsi kehidupan.Tapi bila dah jadi macam nie....
Posted at 04:51 am by hlovate
Permalink
GT_i[i'm outta teens]PartIV~Episode1
Masa seolah telah berputar ke belakang.Kembali ke zaman di mana kebisuan di rumah itu adalah suatu kebiasaan.Chik perasan dengan perubahan yang dirasakan mendadak itu.Kini tiada lagi tegur sapa,usik mengusik,atau gelak ketawa antara Benz dan Addin.Semuanya sejak hari Addin ke Selangor tempoh hari.Tetapi Chik tak bertanya.Hal rumah tangga,peribadi.Sekarang nie hendak melihat Benz dan Addin berbalas pandang pun amat payah.Entah apa yang salah.
Posted at 04:49 am by hlovate
Permalink
Tuesday, February 15, 2005
to one sister of mine[u know who u are],err...i'm outta way to send versus to you.the laptop's down with sth that i cant attach files.sheesh...but will get to u asap,k.
Posted at 06:42 pm by hlovate
Permalink