Ruang tamu hingar dengan gelak ketawa.Ada-ada sahaja yang menjadi bahan usikan Kucai dan Benz.Mak Cik Nora dah tak lalu menggeleng kepala melihatkan kelakuan anak dan menantunya.Padanlah satu kapal dengan Pak Cik Fauzi yang juga kuat menyakat.
"Didi tu dulu lagi la.Nampak je keras semacam.Kena tahan kat hospital tiga hari pun dah meleleh-leleh air mata." Pak Cik Fauzi membuka cerita.
Ketawa Kucai pecah paling kuat. "Tu belum yang demand nak mintak chloroform masa doktor nak inject.Ada ke patut.Jadi doc jugak budak nie." Dengan tawa bersisa digosoknya kepala Addin yang bersila di lantai di sebelahnya.
Laju Addin menepis.Dia mencebik.Suka hati betul diorang gelakkan aku!Dia menjeling Benz di sebelah yang turut sama ketawa.
"Didi masuk hospital kenapa?"Tanyanya perlahan dengan ketawa bersisa.
Diam.Addin mencapai remote-control,menguatkan volume TV.
"Demam tengok orang main skate.Kerja gila.Berhujan berpanas sehari suntuk."Kucai menjawab. "Padan muka."
Pap!Pantas kusyen kecil itu hinggap di belakang Kucai.Ketawa pecah lagi.
"Didi!Nak tengok Moy tak?"Suara Mak Cik Nora dari pintu dapur memanggil.
Lima kepala berpusing ke arah pintu dapur.Mak Cik Nora berjalan ke arah mereka.Kedua belah tangannya memegang bungkusan kain kecil.
"Moy?"Dahi Addin berkerut.Dia merenung Hani. "Baby?"
Hani ketawa. "Baby kitten."
Mak Cik Nora mengunjukkan bungkusan kain itu kepada Didi. "Anak kucing tu jatuh longkang.Ma jumpa pagi tadi.Kesian.Biarlah kita bela."
Addin senyum. "Cute!"Ujarnya sepatah. "Cute ka..."Kata-katanya terhenti bila mengangkat muka hendak bertanyakan Benz.Benz dah bangun beralih duduk di sebelah Pak Cik Fauzi yang bersila di atas settee.Dahi Addin berkerut. "Apahal?"
Benz sengih terpaksa.Dia mengangkat kedua belah tangan. "I alergic ngan kucing."
Addin muka blank.Kemudian dia sengih nakal. "You takut kucing ye..."Ujarnya sambil bangun berdiri.
Sekali lompat Benz dah berada di sebalik sana settee. "Didi,you jangan buat lawak,kay."Suaranya masih tenang.Dalam hati Tuhan yang tau.
Kucai dan Addin ketawa serentak.
"Tauge punya taiko.Takut ngan kucing rupanya kau,Benz."Kucai mengeleng sambil ketawa.
Benz turut ketawa. "Aku fobia la."
Mak Cik Nora cepat-cepat mengambil Moy dari tangan Addin sebelum berlaku apa-apa. "Tak pe.Biar ma letak Moy kat stor dapur tu.Kalau tak alamat tak jejak ke bumi la kaki Benz."
"La...Didi baru je pegang,ma."Addin membantah.
"Didi...."Mata Mak Cik Nora mencerun.
"Okay..okay..."
Posted at 04:02 am by hlovate
Permalink