Dedaun kering bertaburan di dada jalan.Minn menyusur jalan rutinnya di tepi park balik dari kolej.The Best I Ever Had menemani langkahnya.Sesungguhnya penat....Rutin yang tak habis!
Along dah balik US dua minggu lepas.Assignment,essay,research,reading,berterabur bertindih-tindih.Tak cukup dengan tu satu projek besar dan dua mini projek dalam tangan.Kerja dengan si Jay tu lagi.Huh!Menguji kesabaran aku di puncak Maslow's Hierarchy of Needs!
Isnin.
"Jangan kacau dia.Dia tengah pening kepala tu."Yaya ketawa.
Jett angkat kening. "Workaholic melampau...Minn,takkan sampai tengah lunch pun nak hadap laptop?"
Minn sekadar mengangguk dengan mata masih lekat di skrin. "Paperwork Razzmatazz due Isnin depan.Presentation case aku lagi dua hari."Tangannya meraba mencari gelas ice lemon tea dengan sebelah tangan lagi mencapai pen.
A'ai ,Yaya dan Jett berpandangan.Kemudian masing-masing mengangkat bahu.
"Banyak lagi ke?"A'ai menongkat dagu merenung Minn.
"Razzmatazz lagi sikit.Half Rashid buat."Garpu dibenam ke dalam apple salad.Kemudian disua ke mulut. "Aku pening...aku pening..."Minn menggeleng.
Serentak ketawa di meja itu pecah.
"AO kirim salam by the way."Ujar Jett sambil menuang sos ke atas friesnya.
Minn angguk. "Waalaikumsalam.Hidup lagi ke dia kat sana tu?"
Jett ketawa. "Entah.Boleh hantar email kira hidup lagi la tu.Dia tak contact kau ke?"
Minn sengih.Geleng. "Mana ada contact dengan dia."Jemarinya terus laju berlari. Tiba-tiba dia menekan dahi. "Allah...."
"Kenapa?"Tiga suara serentak bertanya.
Minn mengangkat wajah dari kerjanya. "Aku lupa ada appointment dengan mentor aku hari nie...."Dia merenung jam. "Lagi 10 minit! "Regarding virtual co. tu..."Riak wajah Minn resah.
"Go go."Yaya mengemas nota Minn yang sedikir berterabur. "Kitorang take nie semua.Laptop nie nanti simpan dalam locker aku."
"Thanks."Minn mula bangun. "Jumpa kat lecture nanti.Ya,tolong bawak barang aku sekali."Sempat dia menyambar pen dan notepad.
"Hi Minn!"
Pateh Karma Wijaya mana pulak yang nak kacau urusan aku nie?!Minn dan tiga yang lain berpaling.
"You free?I..."
"Busy!"Minn terus melangkah. "Sorry!"Bergegas dia keluar dari cafe.
Jay terpinga-pinga.Dia mengalih pandangan kepada tiga lagi wajah di meja itu.
"Dia busy."Tanpa diminta Yaya,A'ai dan Jett mengulang serentak.
Selasa.
Library agak sesak.Biasa la bila assignment masing-masing dah due.Mata pen Minn berlari di atas cue cards yang bersusun.Sesekali tangannya menyelak helaian laporan dua puluh muka surat bertaip itu.
"Minn."Suara Yaya separuh berbisik. "Tak nak makan ke?"
Minn mengangkat wajah. "Ek?Tadi bukan kita dah makan ke?"
Yaya menjulingkan mata. "Tadi tu kita stop pergi solat.Tapi kita belum lunch!Kita dah bertapa kat sini start pukul 11 tadi tau tak?"
"Ala...awal lagi."Mata pennya kembali berlari.
Mata Yaya bulat. "Awal tapak kasut engkau!Dah dekat pukul tiga setengah.Aku rasa macam dah nak pengsan!"Dia menutup buku. "Dah..dah..Jom makan.Kalau tak sampai tengah hari esok kau tak lunch."
Rabu.
Presentation.
Selesai satu perkara!Lega!Hari nie pa bagi bawak kereta sebab hari nie dia kena pakai suit untuk presentation.Minn meletakkan blazer suit bersama laptop dan failnya di atas tempat duduk penumpang di sebelah.Enjin dihidupkan.Butang radio ditekan dan suara Jakeman Abdullah menyapanya.Gen 2 diundur keluar dari parking lot.
Petang nie nak jogging!
Khamis.
Minn meregangkan badan sambil melangkah ke arah katil.Sugguh...penat!Scrunchie ditarik dan rambutnya dibiar jatuh lepas.Tubuhnya dibaringkan ke katil.Jam di tepi katil direnung sekilas.Hampir 1.30 pagi.Baru selesai baca bab Human Resource Management.Siang tadi kelas dari pukul 11 sampai pukul 4.30.Minn menghela nafas panjang.Sabar la Minn,belajar pun dapat pahala jugak...
Jumaat.
End of the week!Inilah antara masanya satu family dapat berkumpul.
"Tahun nie pa rasa syukur sangat."
Minn dan Eviena sama-sama berpaling ke arah Encik Musa.Kemudian mereka berpandangan .Minn angkat kening.Eviena menggeleng.
"Kenapa pa?"
"Rezeki murah.Along dah tak lama nak habis study.Angah dengan Che'E pun dah besar."
Serentak Minn dan Eviena ketawa besar.
Minn menggeleng. "Apa la pa nie.Gaya dah lapan tahun tak jumpa kitorang je."Matanya kembali ke skrin TV.
"Pa,kata rezeki murah.Holiday jom.Lama tak jalan."Che'E sengih nakal.Dia menyiku Angahnya. "Ngah,backup support."
Minn sekadar ketawa.Malas nak layan.
"Nie mama dengan pa nak cakap pasal holiday la nie."Puan Anisah memandang anak-anak gadisnya. "Che'E nak pergi mana?"
Eviena mengerut kening seolah memikir masalah dunia. "Dalam ke luar?"Dia mengangkat kening.
"Pa cadang nak plan dengan Along sekali."
"Ala...nak pergi US lagi ke?"Eviena bertanya sedikit hampa.
"Bukan.Kita jumpa kat Australia."
Huh!Minn mengalih wajah dari The Musketeer ke wajah ayahnya. "Australia?"Dia mengulang. Biar benar...
"Austra....lia...."Che'E sengih mengusik sambil menyiku Angahnya. "Austra...lia..."Dia merenung pula mama dan pa nya. "Which part?"
"Insya-Allah kita pergi Brisbane.Gold Coast?"Encik Musa membetulkan cermin matanya. "Pa dapat good package with good price."
Eviena menggigit bibir.Dia menjeling wajah serius Minn yang kini menala semula ke kaca TV. "Sydney kita tak pergi?"
"Kenapa nak pergi Sydney?"Puan Anisah pula bertanya.
"Alang-alang dah pergi sana..."Eviena berhenti sejenak sambil mengadah siling. "...baik kita singgah jenguk Uncle Din sekali.Dia still kerja dengan Consulate dekat Sydney,kan?"
Dengan ekor matanya Minn melihat pa dan mamanya berpandangan. "Boleh jugak macam tu."Pa nya memberi kata putus.
"Bila kita nak pergi nie?"Minn yang dari tadi senyap bersuara.
"Insya Allah this coming October or November.Pa kena plan dengan Along jugak."