Seminggu telah berlalu,rutin masih seperti biasa.Dalam populasi pelajar yang beribu ini memang bukan suatu yang aneh jika tidak pernah terserempak meskipun sekolej.Minn menutup locker.Tak pernah lagi terserempak dengan AO lepas malam tu.
Sebulan sudah melangkah pergi.Minn berjalan sendirian pulang dari kolej.Hingar di gelanggang bola keranjang di tengah park menarik perhatiannya.Sudah sebulan juga dia tak nampak langsung kelibat AO.Tapi apa yang didengarnya dari Jett secara tak langsung,kertas kerja AO sudah siap dihantar.Masalah-masalah kecil yang timbul di akhir proses semuanya dirujuk sendiri pada Mr.Fernandez.Minn mengeluh perlahan.Finals dah tak lama lagi...
Finals menjelang,datang,dan pergi.Semester break juga berlalu dan pergi.Minn menyumbatkan earphone ke telinga kanan.Kemudian dia menekan butang play pada MP3.The Reason mengasak telinga.Entah kenapa,sepintas dia teringatkan AO.Dia melangkah mengikut arus pelajar yang bertali di koridor.
Buk!
"Uh..sorry,I tak sengaja."
Minn mengeluh perlahan. "It's okay,happens all the time."Ujarnya sambil tunduk memungut isi failnya yang berterabur.
Pelajar perempuan yang melanggarnya tadi turut sama membantu memungut kertas-kertas Minn.Dengan senyum tanda meminta maaf dia kembali mengikut arus di koridor itu.Minn mengeluh perlahan.Seketika dia sekadar berdiri.Kemudian perlahan-lahan dia menapak semula.
"Err..miss?Barang you jatuh."
Minn berpaling bila terdengar suara itu memanggilnya.AO....
AO tegak berdiri di tengah orang yang berpusu-pusu bertali arus.Buat seketika mereka cuma berpandangan.Minn menggigit bibir bawah.AO tunduk seketika.Kemudian dia mengangkat muka merenung wajah Minn.Menarik senyum segaris.Dia menghulurkan tangan kanannya.Mata Minn merenung button-badge Maui yang tertulis LOYAL dalam bahasa Inggeris dan Cina di tapak tangan AO.Dia ingat.Button-badge itu dibelikan oleh AO semasa survey di Ampang Point.Tercabut dari beg sandangnya tadi barangkali.Perlahan AO menyusun langkah ke arah Minn.
"Kita minum dulu?"
***