Addin ketawa kecil sambil kembali menatap senarai nama. "Kalau muka takat macam atuk aku baik la masuk locker tutup seniri."
"Jom tengok nak?Kita tengok siapa lagi hencem.Atuk kau ke..budak tu."Farisha sengih.
"Gila kau Fisha!"Addin ketawa.
Serentak dengan itu geng Eve masuk.Addin cuma memerhati dengan ekor mata.What or earth are they thinking with that flirty look!Sempat telinganya menangkap.
"Good grief!!Ini baru betul gorgeous."
"Hunk."Elle mengangguk.
"Mine."Eve yang mendahului bersuara dengan tone determine.
Farisha menggeleng sambil mencebik. "Disgusting."
Addin buat kening double jerk.
"Geng MSC."Satu suara pecah di belakang mereka.
Addin dan Farisha berpusing ke belakang.
Wajah Agul dan Kurt tersengih. "Hi."
Addin senyum nak tak nak.Farisha memandang Addin dengan riak wajah yang sama.
"Aku Agul,nie Kurt,tu Deq'Ken,sebelah dia Reza,Kashi,Q'd."
"Q-who?"Dahi Farisha berkerut. "Cute?"
"Q'd.Stands for Qairul Dani."Q'd sengih. "Farisha,kan?"
Farisha angguk.
"Err..tu?"Kurt mengisyaratkan ibu jari pada Addin yang dah kembali menatap class list.
"Addin kan?"
"Budak walkman."Padi menambah di belakang.
Addin kembali berpusing. "Excuse me?"
"Tarappappa."Reza sengih.
"Korang tak join geng MSC ke?Agul bertanya.
Dahi Addin dan Farisha berkerut. "Nie kelas Bio,kan.Bukan kelas TM.Apa kena mengena dengan MSC pulak?"
"Geng Minah Salleh Celup."Agul jerk ibu jari ke belakang kelas.
"Eve?"Addin memastikan.
"Yep.Eve,Elle,M,N,Net dan Tali."Reza menyambung selamba.
Ketawa pecah.The ice is broken.
Sewaktu melintas Theta2 4 ketika nak balik ke kolej kediaman Farisha sengaja menarik tangan Addin agar berjalan lambat-lambat.
"Apsal ngan kau nie?!Tebiat nak mampus?!"Addin misteri.
"Aku nak tunjuk kat kau mamat tu.Try compare,siapa lagi best.Atuk kau ke dia."
Addin sengih. "Amende la kau nie."
Tiba-tiba langkah Addin terhenti melihat adegan di depan matanya.
"Bye DD..."Eve melambai dengan gaya menggoda.
Addin tengok mamat tu dah berkerut kening sambil memandang temannya,Matt di sebelah.Bila terlihat Addin di situ makin bertambah-tambah lagi lenggok si minah tu.
Addin mengangkat kening sebelah sambil menoleh ke arah Farisha. "Is that,the guy?"
Farisha sengih. "Yup!"Dia ketawa. "Kau pun kena knockdown ke?"
"Sorry sis!Atuk aku menang!"
"Addin!Fisha!"Laungan Matt mematikan langkah mereka beredar dari situ.Dia dan mamat Theta itu menghampiri mereka.
"Nak balik dah?"Mamat Theta tu menegur dulu.
"Mm.."Farisha mengangguk.Addin dah berkerut kening.Seolag tidak selesa dengan keadaan itu.
"Addin,Fisha,nie room-mate aku,Addi.Tapi nick dia Kucai."Matt sengih. "Addin ngan Farisha.Classmate aku."Dia memperkenalkan pula mereka berdua kepada temannya.
"Nice to meet you guys."Addin mengoyak sengih. "Matt,kitorang balik dulu."Laju dia menarik tangan Farisha.
"Bye,Addi."Farisha sempat bersuara sebelum diheret oleh Addin."
"Itu kau kata gorgeous?"Addin menjulingkan mata. "Gila!"
Juan sengih. "Naa....Yang kau anti sangat nie kenapa?"
"Taste korang teruk aa..."
Pa'e landing atas katil Addin. "Nanti kau yang lekat nie."
"Huh!Never!"
"Tak nak aku sapu...."Farisha meletakkan sikat di atas dressing table. "Rugi betul kau tarik tangan aku cepat-cepat masa tanya direction hari tu.Kalau tak boleh aku grab awal-awal."
"Tapi kena compete dengan Eve la!"Addin buat kening double jerk.
Eee....!!Farisha menjulingkan matanya. "Kalau macam tu aku sanggup reject si Addi tu."
Pang!!Pantas tapak tangan Addin melayang.Eve jatuh terus dari kerusi.
"Sehina-hina manusia tepi jalan tu,mulut diorang lagi mulia dari kau tau tak?!"
Seisi kelas sunyi terus.Sunyi melihat Addin.Dan sunyi dengan kehadiran Cikgu Zaleha yang datang ke Alpha1 4 untuk relief.
Addin bertapa di tengah padang.Denda kerana menampar Eviena.Matahari pukul 4.30 petang itu dah nak tenggelam terus dari pukul 3.45 tadi.Dari pukul tiga panas nak mati!Nie nak hujan la pulak!Malang betul nasib aku.Hatinya menggetus.Pipinya masih merasa panas menerima tamparan balas Eviena.
"Saya nak tampar dia balik,cikgu."
Dan Cikgu Zaleha membenarkan!
Di depan kelas.....Di depan kawan-kawannya sendiri.
Tak cukup dengan itu kena denda berjemur di tengah Padang Delta dari pukul tiga sampai pukul lima.Ada lagi setengah jam tapi titik-titik hujan makin laju mangganti panas matahari pukul 3.45 tadi.Matanya terasa berbinar.Mentang-mentang kau anak orang kaya.....
"Addin okay?"
Farisha dan Juan angguk. "Pa'e tengah attend dia.Panas badannya."
"Gila Mama Leha tu pun!!"Kurt geleng kepala.Perjumpaan GT_I di depan kolej puteri semata-mata membincangkan keadaan Addin.
"Aku rasa dia suffer hati lagi teruk dari dia fizikal."Agul bersuara perlahan.
Yang lain mengangguk.
"Bagi nie pada dia." Reza menyua beg plastik berisi pear,kiwi dan anggur pada Juan. "Kirim salam kitorang pada dia."
Juan dan Farisha mengangguk.
"Bagi tape RCHP nie kat dia." Q'd mengeluarkan kaset itu dari poket seluarnya. "Psychology might helps."
"Aku tarappappa la..."Addin mendengus. "Amende korang layan aku macam budak sakit nie?!"
"Hotak kau tarappappa!"Juan meletakkan tuala lembap ke atas dahi Addin.
Farisha geleng kepala. "Makan nie." Dia menyua sepotong pear ke mulut Addin. "Susah-susah diorang paksa Cikgu Harun pergi beli tadi."
Nak tak nak Addin memaksa mulutnya menerima.Tiba-tiba dia bangun. "Aku nak gi toilet la."Terus dia melangkah terhuyung-hayang ke arah bilik air.Tangannya meraba meja study sebagai sokongan.
"Baik-baik!!Nanti jatuh!!"
Sebaik sahaja menutup pintu terus dia mngeluarkan handset dari saku sweaternya.Betul la..Dah pukul 6.30 sepertimana yang selalu dijanji.Nasib baik kau tak berbunyi!Main vibrate je!Dia membuka flap.
"Amacam?Teruk ke?!"Suara di sebelah sana cemas dan concern.
"OK..:Addin menjawab lemah.
"Lain kali jangan buat macam tu,eh?Nyusahkan diri sendiri.Orang lain susah hati."
Addin senyum tawar. "Yeah...I know."
"Take care,kay."
"Ye..."
Salam bersambut sebelum talian diputuskan.Ericsson kembali diseludup ke dalam saku sweater.Perlahan-lahan dia membuka pintu.