"Sian korang,pasal aku pun kena sekali."Addin meletakkan baldi berisi air sabun.
"No hal..."Pa'e,Juan dan Farisha sengih.
"Tapi lepas nie kau duty bilik sensorang seminggu."Pa'e sengih geram.
"Allah...Serbia betul!"Addin menguatkan volume walkmannya.Headphone yang tergantung di leher berdentum With Arms Wide Open.
"Aku rasa kita lepas nie memang dah kena mark dengan Mama Leha la."Juan menyiram buih sabun ke dalam longkang yang diberus dek Pa'e.
Bahana menyeludup walkman dari kolej kediaman dan atas tuduhan bersubahat,empat-empat kena bungkus dengan Cikgu Zaleha.Walkman Addin kena bungkus ke bilik pengetua.Tapi entah macam mana boleh ada balik pada Addin,room-mate dia sendiri pun musykil.Nak tak nak kena la cuci longkang dalam Kolej Kediaman Puteri sebagai denda.
"Kalau kat rumah aku yang kerja cuci longkang nie pekerja Majlis Bandaran."Entah dari mana suara sumbang tu mencecah telinga.Diikuti dengan ketawa mengejek.
Pa'e yang tengah menonyoh berus di dinding longkang terhenti.Matanya mencerun tajam.Farisha yang menyodok pasir keluar dari longkang bertongkat penyodok.Juan mengalihkan paip air dari baldi.Addin bangun dari mencangkung kerana membancuh air sabun.Eviena and the gang bersidai di tepi bilik mereka.
"Tak sangka anak Dato'Zainal pun satu standard dengan diorang."Eve ketawa.
Aii...Berapinya aku...Pa'e mengetap bibir.Yang lagi tiga pun dah sama panasnya.Addin menyiku Juan perlahan.Mata bertukar isyarat.Addin buat kening double-jerk.
"Sedangkan anak Raja pun cuci longkang,anak Dato' apa nak malu."Juan menjawab selamba. "Tuang air sabun tu Addin."
"Ai ai Your Highness."Pantas Addin mencedok air sabun.Dengan pusingan 360° gayung berisi air sabun itu dihayunkannya.Segalanya berlaku dengan begitu pantas dan tidak disedari.Tau-tau Eve dah basah kutup dengan air sabun. "Sorry,aku nie klutz!"Addin sengih selamba. "Aku ingat longkang kat sana."
"Aleman!Siannye kau!"Pa'e pass kayu pemegang berusnya pada Farisha. "Bagi aku cuci."Terus dia mencapai hos getah dari tangan Juan dan dipancut ke arah budak-budak itu.
Eviena and the gang menjerit-jerit dalam kuyup. "You'll pay for this."Eviena menggetap bibir.
"Silakan."Farisha jawab cool. "Cash or credit card?"Sempat dia melaung apabila melihat mereka melangkah pergi. "Kitorang ada Master Card je!!!"
Sakit-sakit perut diorang gelak lepas tu.Sakit-sakit tangan jugak dirang slap hi-five.Kan orang dah kata,don't trouble the trouble if you don't want the trouble to trouble you!
"Beta1,Beta2,Theta1,Theta2,Gamma1,Gamma2"Farisha meneliti signboard di atas kepalanya. "Mana Alpha nye?"
Addin di sebelahnya tak memberi jawapan.
"Kau dengar tak aku tanya nie?"
Huh! "Amende?"
Farisha geleng kepala.Aku la budak walkman nie... "Telinga kau sumbat dengan earphone ke?!"
"Mana ada aku bawak.Serik-serik la sikit..."Addin sengih. "Try tanya mamat tu."Dia jerk kepalanya pada seorang boy yang lalu di hadapan mereka.
"Err...saudara!!"Addin memandang Farisha dengan mata bulat.Saudara?!Formal katakFarisha sengih membalas pandangan Addin.
Budak yang lalu di hadapan mereka itu menghampiri. "Ya,ada apa?"
"Awak tau kelas Alpha1 4 kat mana?"
Addin sedaya upaya menahan ketawa.Dia menarik lengan Farisha. "Tak payah la.Aku dah nampak.Sebelah Gamma2."Dia berlalu meninggalkan mamat tu sambil menarik tangan Farisha. "Terima kasih,saudara."
Bila agak jauh sedikit Farisha mencengil. "Apa la kau bagi malu aku.Dah la mamat tu hencem."
"Apa la kau punya taste teruk betul!"Addin menjeling ke belakang.Mamat tu budak Theta2.
"Sekolah nie pun satu.Ada ke cover sign kelas dengan daun."Farisha mencebik. "Jatuh saham aku!"
Mereka tiba di depan pintu Alpha1 4.Betul la tempatnya.Farisha menjenguk ke dalam.Aiyee...Dah penuh dengan budak.Blur matanya dengan uniform kelabu-biru tua.Addin gaya lepak membelakangi pintu.Memerhati bangunan keliling.Alemak!Mati Addin camni!Minah Eviena tu pun kat sini!
"Macam mana kita nak masuk nie?"
Addin buat kening double-jerk. "Cara gaya best."Dia sengih.
Farisha turut sengih.Mereka beriringan masuk ke dalam Alpha1 4 dengan muka stomet.Kelas reda sebentar melihat orang baru masuk.Terdengar budak perempuan berbisik "Budak walkman!"
Farisha cepat scan dua seat kosong di tepi tingkap.Addin mengekor di belakang.Buat blank dengan jelingan membunuh Eviena.Heh!Ingat mandat bapak kau besar ke?!
"Ada girls pakai tudung aa..."Reza menjeling seat tepi tingkap.
"Aku ingat anak orang kaya semua rosak akhlak."Kurt ketawa.
"Macam tu."Matt mencebik ke arah sekumpulan girls di belakang kelas. "Aku dengar nama semua macam Minah Salleh."
"Amendenye?"Agul scan geng belakang.
"Ntah.Aku dengar briefly je.Ada nama Elle,Eve,Natalie..pekenama lagi ntah."Matt geleng kepala.
"Natalie?"Deq'Ken angkat kening sebelah.
"Imbruglia?"Kuman ketawa.
"Dah la Net....Tali pulak tu."Reza menolak rambut depan ke belakang.
Geng boys di pintu ketawa.
"Eve,budak walkman tu kelas nie aa..."
Padi yang tengah engross dengan laptopnya pasang telinga.Walkman Kid?Produk baru ke?
"Dah la pakai tudung pulak tu."Minah di sebelah budak yang bercakap tu mencebik.
Joe yang di sebelah Padi yang tengah syok bersembang merendahkan sedikit tone.Heh..hehe...Dengar perempuan mengutuk best jugak nie!Aufa,DC,Iman,Casper sengih.Faham!!
"Eee...kolot!"Budak yang nama Eve ti menambah sambil menjeling menyampah ke arah tingkap.
"Ntah dari kampung mana dia datang agaknya."
Farisha dah buat kawan dengan geng di sebelah mejanya. Ku'ai... Didi... DN... Aussie.. .Jen... Huh!Sempoy.Addin di sebelahnya masih leka dengan The World Hell yang dibawanya dari kolej kediaman.Juan dengan Pa'e masuk Gamma.Nak ambil Teknologi Maklumat punya pasal.Masuk Alpha kan baguih?Biology best apa...
"Fisha."
Farisha berpaling. "Apa?"
"Kita je ke yang 'beriman' sikit?"Addin merendahkan suara.Takut kawan-kawan barunya terdengar.Dia sengih question-mark.
Pandangan Farisha menebar eliling kelas. "Seems so."Ujarnya sambil tersengih bila pandangan mereka bertembung kembali.
"Morning class!"Kelas kelam kabut bangun.Cermin mata Agul nyaris tergelincir dari batang hidungnya melihat pemandangan di depan mata.Reza mengucap dalam hati.Matt slightly geleng kepala.Ini cikgu ke...Pekerja Royal London Circus?!Strikingnya baju dia....Trend baru ke?Dalam GQ hari tu aku baca takde cerita pun!
Cikgu yang baru masuk tu meletakkan buku kedatangan atas meja guru. "Sit down boys and girls.I'm your class teacher."Dia menebar pandangan ke seluruh kelas. "My name is Miss Hajar."
Budak-budak Alpha1 4 menelan liur sambil mengulang nama itu dalam hati.
"Introduce yourself,please!"
Reza yang duduk paling tepi dekat pintu automatik bangun. "I'm Reza Hafez Mohd. Alauddin."Dia berhenti seketika.Apa lagi aku nak kata?!