“3 bulan je.”
“Lama tu..Kamu tahan ke nanti..”
“Belajar la mak. Rasanya tak la macam masuk kem askar. Lagipun sementara je.” Ketawa. “ Selain tu dapat jugak cari duit lebih.”
Wanita separuh abad itu menggeleng kepala. “Abah balik nanti bincang dengan dia.”
***
Dia termangu sebentar di ruang tamu rumah dua tingkat itu.Bukan kerana crystal chandelier yang tergantung dari siling berukir itu.Bukan kerana perabot jati yang menyesakkan ruang di depannya.Bukan kerana Faculties of Mind yang berdentum dari tingkat atas macam terlepas dari speaker fun-fair.Tapi termangu bila mendengar kata-kata lelaki di hadapannya itu.
“Awak rasa mampu?”
“Masak, laman, rumah, baju....” Dia mengulang.
“...dan anak-anak.”
Lambat dia memberi reaksi. “Berapa orang, encik?”
“Tiga.Yang paling muda perempuan 13 tahun,lepas tu perempuan jugak.15 tahun.Yang lelaki tu 17 tahun.”Encik Latfy menjawab tenang.Namun pandangannya cuba mentafsir riak di wajah di hadapannya. “Awak boleh cuti hujung minggu dua kali sebulan.”
Dia mengangkat muka. “Insya-Allah saya cuba.”
“Bagus.Awak cuma perlu tolong Mak Atun kalau waktu siang.Tapi malam-malam awak uruskan sendiri.Mak Atun tak tinggal sini.”
Angguk.
“Saya tunjukkan di mana bilik awak.”Encik Latfy bangun. “Siapa nama awak tadi?”
“Err..Ana.”
“Ooo...Kak Ana,ye?”Dia sengih. “Tu Nina,adik kecik.”Dia menunjuk ke arah adiknya yang duduk di hujung meja makan. “Tu Nana.Adik kecik tak jadi.”Dia menunjuk pula pada yang di sebelah Nina.
Ana sekadar mengukir senyum merenung anak muda di hadapannya itu.Sengih nakalnya masih berbunga. “Yang nie?”
“Saya Maradona.”
Ketawa pecah di meja makan itu.
“Gila la Angah nie.” Nana menjulingkan matanya. “Panggil je dia Boya.”
Nina masih lagi terkekeh-kekeh ketawa. “Boya Dona.”
Ana menggeleng sambil ketawa. “Angah?”
Anak muda itu geleng sambil sengih. “Apeh la,kak.”
***
Ana sibuk membilas pinggan mangkuk yang telah siap bersabun.Hari ini hari keduanya di rumah ini.Mak Atun sedang menggantung kuali bertangkai yang dah siap berbasuh.Mujurlah Mak Atun tu memang baik dan helpful.Kalau tak...Huu...Mau nangis aku!
“Mak Atun dah lama ke kerja sini?”
“Dah dekat 15 tahun dah.Sejak dari Cikgu Raihana ada lagi.”
Ana angguk. “Begitu....”
“Rumah Mak Atun kan kat belakang je. Memang senang. Pagi-pagi Mak Atun datang lepas sarapan, kemas rumah, basuh baju, masakkan untuk diorang. Petang lepas buat minum petang Mak Atun balik la.”
Kening Ana sedikit berkerut. “Abis tu kenapa Encik Latfy bukak iklan nak orang gaji sepenuh masa pulak dalam dua tiga bulan nie?”
“Dua tiga bulan nie dia sibuk ke sana ke mari.Bisnes dia tu tau aje la.Tambah pulak tahun nie Angah tu SPM. Nana tu PMR. Kalau takde orang tunggu malam-malam,entah apa la jadi budak-budak tu. Dulu ada jugak anak sedara Cikgu Raihana tu jenguk-jengukkan. Dah pindah ke Johor pulak dia.” Panjang lebar Mak Atun bercerita. Dia melabuhkan punggung di kerusi meja makan. “Kesian Mak Atun tengok budak-budak tu. Sejak Cikgu Raihana meninggal 10 tahun dulu memang pandai sendiri je nak bawak diri. Nak harapkan Along diorang tu, lekat kat rumah pun payah. Tapi nasib baik la dia tu rajin jugak nak menjenguk-jenguk ke sini.”
Ana menghabiskan basuhannya. Keningnya sedikit terangkat. “Encik Latfy kata ada 3 budak je kat sini.” Dia berpaling merenung wajah Mak Atun.
Mak Atun bangun sambil mengelap tangan pada tuala lap. “Along tu belajarnya ke sana-sini. Duduk asrama. Kalau ikutkan dia memang tak nak dia tinggalkan rumah, tinggalkan adik-adik. Tapi dah ikut hasrat mak ayah, ikutkan jugak la. Nie lepas nie entah ke rantau mana pulak, Mak Atun pun tak tau.”
“Along tu baya mana, Mak Atun?”
“Ntah la. Ada baya kamu kot. Tak pun tua dua tiga tahun”
***
Malam di rumah itu sunyi. Encik Latfy ke Penang. Ana berteleku di meja depan menunggu Nina menyiapkan homework. Dari bilik Apeh di atas suara Chester menjerit sampai ke bawah. Nana sejak lepas makan malam dah hilang ke dalam bilik.
“Kak Ana...Kak Ana ada adik?” Tiba-tiba Nina bertanya.
Ana tersentak. “Adik?” Dia bertanya semula.Kemudian dia menggeleng. “Takde.”
“Abang kakak?”
Ana senyum. “Pun takde.Kak Ana anak sorang la.”
Mata Nina bulat. “Waa...Mesti Kak Ana manja,kan?”
Ana ketawa kecil. “Mana ada. Hmm...Kak Ana baru tau. Nina ada along,ye? Siang tadi Mak Atun bagi tau kat Kak Ana.”
Nina angguk. Namun wajahnya sedikit berkerut.
Mata Ana cepat menangkap perubahan di wajah gadis kecil itu. “Kenapa, Nina rindu Along?”
Nina angkat muka. “Ala...nanti esok lusa Along balik jugak...Cuti dia dah mula minggu lepas lagi.Tapi dia dok rumah sewa, tak pun gi rumah kawan. Nanti balik la tu. ”Suaranya seperti cuba memujuk diri sendiri. “Tapi nanti Along nak pergi belajar lagi jauh. Kat UK. Lagi la payah nak jumpa.”
“Along Nina tu nak jadi apa?”
“Dia engineer.”
Engineer.....
***
Kacang panjang sebesen di depannya dibasuh dengan air lalu. Ana meletakkan sayur yang telah berbasuh itu ke dalam tapis besar. Mak Atun di sebelahnya sibuk membasuh ikan dengan asam keping. Kemudian dia menarik pula besen plastik berisi ketulan ayam yang sudah siap berpotong. Diambilnya setengah cawan tepung gandum lalu dicurah ke dalam besen itu. Macam kata petua orang tua-tua, nak hilangkan bau hanyir. Sedang dia menggaul ayam dengan tepung itu tiba-tiba terdengar suara orang lelaki memberi salam di pintu depan. Dia dan Mak Atun berpandangan.
“Nanti kejap Mak Atun tengok. Benggali jual kain agaknya.” ujar Mak Atun sambil membasuh tangan. Seketika kemudian dia menghilang ke pintu depan.
Ana terus menggaul ayam. Terdengar suara orang bercakap di pintu depan. Kemudian pecah ketawa Mak Atun dan seorang lelaki. Mak ai...Takkan Mak Atun bersuka-ria ngan Benggali jual kain kot! Pili air dibuka dan ketul-ketul ayam itu dibilasnya. Kata Mak Atun tadi nak buat masak merah. Suara Mak Atun berbalas cakap dah masuk ke dalam rumah. Dahi Ana berkerut. Ah...sudah! Sampai masuk ke dalam pulak! Kerut di dahinya makin bertambah bila terdengar suara lelaki itu menghala ke arah tangga. Tiba-tiba Mak Atun melangkah masuk semula ke dapur.
“Along dah balik.”
Mata Ana bulat. “Along tu lelaki ke?”
“Laa...Kamu tak tau ke?”
“Ana nak pakai tudung dulu.” Tangannya dibasuh sebelum dia menghilang ke bilik sebelah mencari tudung.
Afiq melontar tubuh ke katil. Rumah sunyi. Ye la... Budak-budak tu sure pergi sekolah. Dia memejam mata sejenak. Leganya hari nie cuti....Ini la masa nak menjenguk rumah. Bukan dia tak suka duduk di rumah sejak mula berkerjaya...namun mungkin kerana sudah terbiasa jauh dari rumah,tak betah bila tiba-tiba kena duduk di rumah ini. Pergerakan mungkin rasa terbatas. Kalau duduk rumah sewa, senang. Member ramai. Nak gerak ke sana-sini senang. Bukannya keluar merambu, sekadar nak lepak pergi gerai mamak pekena teh tarik pukul 2 - 3 pagi. Kalau duduk rumah, alamat la. Bukan jugak dia tak ambil berat pada Apeh, Nana, dan Nina. Pantang ada cuti dan kelapangan, pasti dia akan jejak juga ke rumah ini. Kadangkala selang sehari dia ke sini selepas kerja. Malam baru balik ke rumah sewa. Along tak lupa janji, mama....
Ana menuang campuran bawang putih, bawang merah, dan cili kering yang telah di’blender’ tadi ke dalam kuali untuk ditumis. Berdesir bunyinya apabila mencecah minyak panas. Semerbak baunya memenuhi ruang dapur. Sesekali dia mengesat matanya yang terasa berair. Aiseh....nie yang aku lemah kalau bab memasak nie...Tangan kanannya ligat mengacau dengan sudip.
“Mak Atun, masak apa?”
Keras sekejap tubuh Ana bila mendengar suara lelaki itu menyapa dari belakang. Namun dia tak ambil pusing. Along tanya Mak Atun, bukan tanya aku.
“Mak Atun, masak apa?” Suara itu bertanya lagi. Kali ini betul-betul di sebelahnya.
Tersentak Ana dibuatnya. Pantas dia menoleh ke kiri.
Wajah lelaki itu nyata terkejut. Rahang bawahnya sedikit jatuh bila melihat wajah Ana. “Ek?Mak Atun dah muda balik?” Tiba-tiba soalan itu yang terkeluar dari bibirnya. Sumpah dia ingatkan Mak Atun bila tengok dari belakang tadi. Dengan kain batik, baju kurung kedah, tudung...
Bengong apa mamat nie? Ingat time-warp tu wujud ke? Dahi Ana berkerut mendengar soalan bodoh itu. Namun matanya masih lagi merenung wajah lelaki itu.
“Along?”
Mereka sama-sama mengalih pandangan ke arah pintu dapur. Mak Atun tercegat di situ sambil dengan memegang secekak serai di tangan kiri dan sebilah pisau di tangan kanan.
Afiq sengih sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia mengalih semula pandangannya pada Ana. Ana pula kembali mengadap kuali. Tak pernah tengok perempuan ke Along nie? Afiq melangkah ke arah meja makan.
Siapa tu? Mulutnya bertanya tanpa suara pada Mak Atun.
Mak Atun menggeleng. “ Nie Ana. Orang gaji baru.”
Sekali lagi tubuh Ana keras. Orang gaji?! Hatinya merengus. Tapi memang betul la pun. Memang la orang gaji. Aku orang gaji?! Ana berperang dengan hatinya sendiri.
“Ana orang sini ke orang Indon, Na?”
What?! Ana terasa nak menyiram isi kualinya bila mendengar soalan Along itu. Ada gaya orang Indon ke aku?!
“Ana, Along tanya tu.”
“Tak, saya orang Filipina.” Selamba dia menjawab tanpa berpaling ke belakang.
Kali ini dahi Afiq pula berkerut. Ai...loyar buruk pulak budak nie. Dia merenung Mak Atun. Mak Atun sekadar tersengih. Dia memang dah maklum dengan perangai Ana yang memang kuat lucu dan selamba.
Afiq menggigit bibir. Ooo...Loyar buruk kau ye. “Dah kawin, Ana?”
Ana menjeling sambil mengambil pinggan untuk mengisi sayur goreng. “Dah. Dah anak dua dah pun.”
Kali ini Mak Atun ketawa. Dia menggeleng kepala. “Along, dah...dah...Pergi duduk kat depan tu. Nanti tak siap kami nak memasak. ”Kemudian dia berpaling ke arah Ana. “Along tu memang macam tu.. Kuat menyakat. Macam kamu jugak.”
Ana sekadar menarik senyum nipis.
Afiq bangun. “Sayang dah kawin. Kalau tak boleh jugak Along nak masuk line.” Ujarnya selamba sebelum menghilang ke ruang tamu.