Tuala lembap diletak berhati-hati.Dahi Eviena berkerut resah. "Angah...panasnya..."Anak rambut Minn yang menutupi dahi diselaknya ke tepi.
Minn sekadar senyum tawar. "OK aje tu."
"Makin panas nie..."Wajah Minn yang cengkung sejak demam tiga hari lepas ditatapnya. "Ashraff dah entah berapa kali call tanya pasal Angah.Angah on la handset bagi dia get through."
Minn menggeleng payah. "Angah tak larat langsung la Che'E.I want nothing but a good rest."
Eviena menghela nafas panjang.Balik dari Cerakah terus demam.Demam teruk pulak tu.Dah lama tak tengok Angah demam seteruk nie.Asyik muntah-muntah,hilang selera makan lagi tu.Muka pun dah naik pucat cengkung.Nasib baik tengah semester break.Kalau tak naya nak cover kelas yang tertinggal.Tapi terasa macam ada sesuatu yang lebih menyeksa Angah dari demamnya.Angah nampak sedih.Mata dah hilang cahaya.Kadang-kadang tanpa sebab meleleh air mata.Bila ditanya,sekadar dijawab sakit kepala.Semua orang yang datang melawat dia tak nak jumpa.Yaya dengan A'ai pun.Angah cakap dia tak larat langsung nak attend sesiapa.Tapi memang condition Angah sekarang teruk betul...
"Angah nak apa-apa lagi?Ma tengah buat bubur nasi.Nanti boleh makan."
Geleng. "Angah just nak tidur."
Eviena mengangguk. "Get well soon,Angah.Fight!"Dia bangun dari birai katil.
Bibir Minn mengukir senyum tawar mendengar kata-kata adiknya.Matanya mengekori langkah Eviena hingga hilang di balik pintu.Perlahan dia mengiringkan kepala ke kanan.Bugs Bunny menyapa pandangannya.Automatik mata terasa panas berair.Minn menggeleng perlahan.Entah bila patung arnab itu diletak di situ pun dia tak pasti.Namun yang pastinya sama ada kerja Along atau Che'E kerana balik sahaja dari Cerakah tempoh hari Bugs Bunny itu telah menjadi penghuni laci almari pakaian.Wajah AO tanpa diundang datang bertandang di ingatan.Tipu jika dikata dia telah melupakan lelaki itu.Tambah besar tipunya jika dikata dia membenci lelaki itu.Hebat tak hebat penangan AO hingga dia down dengan demam perasaan kerana cuba menerima kenyataan.
Aku tak layak untuk dia.Berkali-kali dia mengulang.You don't belong to his world,Minn Edina. You're miles behind.Aku tak mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan dia.Kini baru terasa terjawab segala persoalan yang dulu menanti jawapan sejak berjumpa di Sydney lagi.AO telah berubah.Berubah 360º,upside down,dan inside out.Selfish jika dikata dia tak happy untuk perubahan AO.Namun sedih dan sebaknya bukan dibuat-buat kerana sekarang AO dah tiada.Yang ada hanya Ashraff yang dia sendiri tak pasti kenal atau tidak.Perubahan AO membawa lelaki itu begitu jauh dari dirinya.Terlalu jauh untuk dikejar dan digapai.
Air mata sekarang murah.Terlalu murah.Minn mengesat mata dengan belakang tangan.Tanpa sedar dia tersenyum pahit.Takkan mampu jika aku diganding dengan AO walau itu yang meruntun hati.Bezanya terlalu jauh hingga dia sendiri tak pasti mampukah dia melangkah ke arah itu.Antara Hitz.fm dan IKIM.fm.Antara jeans,tee,baju kurung,jubah dan tudung labuh.Antara Jamie Thomas dan Imam Hassan al-Banna.Antara Linkin Park dan Sami Yusuf.Antara lirik lagu dan kitab-kitab agama.Terasa pegangan agamanya begitu fragile.Aku sekadar melengkapkan Rukun Islam.Sekadar membaca surah Yassin pada malam Jumaat.Sekadar menutup aurat mana yang termampu.Aku tidak mengamal qiyam seminggu sekali.Tidak menghabiskan satu juzuk al-Quran selang seminggu.Tidak litup dengan tudung labuh atau jubah.Tidak solat Rawatib untuk setiap solat fardhu.
Let fate fares you better,Ashraff Omar.
AO meraup wajah.Minn...Kenapa?Dia mengadah siling di baringannya.Ahad lepas dia hanya diberitahu Minn pulang dengan kereta Jasmin melalui Asrul.Dikatakan gadis itu kurang sihat.Apabila cuba dihubungi handset,dimatikan.Call rumah,kata Ked Flop Minn demam dan tak nak attend sesiapa.Bila bercakap dengan Che'E pula,dia yang disoal-siasat seolah dia yang bertanggungjawab membuatkan Minn demam.Kenapa,Minn?
Dia bangun dari baringnya.Handset di atas night table dicapai.Seketika kemudian dia menunggu talian disambung.Namun tidak bersambut.Dahinya berkerut.Dia mencuba sekali lagi.Nyata,rumah Encik Musa kini kosong tanpa penghuni.AO memejam mata sejenak.Masya Allah...dugaan apa nie...Didail pula nombor Yaya.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam.Siapa nie?"
"Yaya,aku nie.AO."
"AO!"
AO senyum tawar. "Yaya,kau tau tak Minn and the whole family pergi mana?"
"Diorang takde kat rumah?"
"Tak."
"Aku tak tau.Serius."Yaya terhenti sejenak. "Kenapa nie?Apa dah jadi?"
"Nothing."AO menghela nafas berat. "Nothing."