Sampai di Bukit Cerakah Jasmin sudah sedia menuggunya di parking lot dengan senyum manis di bibir.Namun hati Minn terdetak sejenak.Tunggu aku atau tunggu AO?Terasa hendak diketuk kepala dengan kasut.Kenapa tadi dalam kereta tak teringat langsung nak tanya AO pasal Jasmin?
Ketika menghulurkan beg pakaiannya AO bersuara rendah. "After Zuhur esok you tunggu I.Nanti I contact handset you."Kemudian dia terus masuk ke perut kereta tanpa sepatah kata kepada Jasmin.Namun dilihatnya gadis bertudung labuh itu masih dengan senyum manisnya.Minn terpinga-pinga seketika.Gaya AO bercakap tadi seolah mereka takkan berjumpa lagi hingga esok.
"Kita kena tunggu sekejap kat sini.Sebab nak masuk ke tempat chalet boleh pakai dua kereta je.Satu untuk ikhwah,satu untuk akhawat."Ramah Jasmin menerangkan.
What and what?!Dahi Minn sedikit berkerut mendengar vocabulary yang terasa agak asing di telinganya. "Start pukul berapa?"
"Pukul 12 insya-Allah."
Pandangan Minn menala pada sebuah kereta yang baru diparking tidak jauh dari tempat mereka berdiri.Apabila penumpang-penumpang dan pemandunya melangkah keluar Minn terasa air liurnya seolah berpasir untuk ditelan.Dirinya terasa seolah bakal dipanah petir.Kelima-lima mereka berjalan ke arah Jasmin dan dirinya dengan masing-masing membimbit beg pakaian.
"Itu pun...join program jugak?"
Jasmin mengangguk.
Semuanya berbaju kurung dan memakai tudung labuh!Setidak-tidaknya memakai jubah seluar dan selendang bidang 60".Minn terasa sesak tiba-tiba dengan selendang Turki lepas ke bawah,tee long sleeve XXL dan jeans straight cut longgarnya.
"Jasmin."Mata gadis itu direnungnya. "Proper ke saya pakai macam nie?"Serius dan bersungguh-sungguh dia bertanya.
Bahu Minn diraihnya dan digosok perlahan. "Minn,awak jangan la rasa macam tu."Ujarnya lembut. "Bukannya awak tak tutup aurat.Cuma itu pilihan mereka."
"Semua orang kat sini pakai macam tu?"
"Tak."Jasmin senyum menenangkan. "Ada je yang pakai jeans."
So right....Ada jugak yang pakai jeans.Tapi dengan jubah!Allah...Minn memejam mata sejenak.Terasa nak balik tika itu juga!Malam telah berlabuh.Teringat siang tadi semasa majlis pembukaan,terasa begitu out of place di tengah-tengah sisters yang boleh dikatakan hampir semua berbaju kurung,berjubah,atau berjubah seluar dengan tudung labuh atau tudung bidang 60" ala-ala Wardina.Sungguh dia terasa canggung dan asing!Namun mereka semua begitu ramah dan mesra.Dia disapa seolah telah dikenal lama.Tiada double-standard atau diskriminasi hanya kerana pakaiannya yang kontra habisan dengan the rest of the crowd.Namun begitu sejujurnya dia masih terasa sesak.Jika tidak masakan ketika break untuk Zuhur dia terus menukar pakaian ke the one and only baju kurung yang dibawa.Minn nekad.Biarlah baju kurung yang sepasang ini dipakainya sampai Zuhur esok,asalkan tidak terasa seolah she doesn't belong.
Dan patutlah gaya AO bercakap tadi seolah mereka tak akan berjumpa lagi hingga selepas Zuhur esok.Meski pun mereka berada dalam program yang sama namun kelibat AO pun hanya dapat dilihat sekali tak sekala.Peserta lelaki dan wanita diasing sepenuhnya agar pergaulan terjaga.Ketika talk pun lelaki di hadapan manakala peserta wanita di belakang penghadang.
Tadi semasa Zuhur berjamaah,terasa kelainan kerana tidak pernah dia berjamaah selama ini.Dia bukan budak sekolah mana-mana asrama yang setiap waktu solat bersama.Ketika makan tengah hari pula pertama kali mengelilingi dulang makanan,makan berjamaah dengan talam mengganti pinggan.Terasa asing,namun terasa juga bond yang lain wujud antara mereka yang lain.Teringat kata-kata Jasmin ketika di rumah.Salam ukhuwah.Ukhuwah itu apa?Dia tak pasti,namun segan untuk bertanya.Selepas makan,mula sesi pertama.Tak menyangka langsung talk yang dimaksudkan AO semuanya ceramah agama!Sesi pertama kalau tak silap tajuknya Wahai Pemuda.Ketika mendengar ustaz itu menyatakan tajuk talk,bulat mata mendengarnya.Lepas tu solat Asar.Sekali lagi berjamaah,dan buat pertama kalinya dia mengenal al-Mathurat.Kelam kabut juga dibuatnya bila semua melafaz al-Mathurat dengan fasih tanpa dia mengetahui hujung pangkal.Mujur Jasmin cepat-cepat menghulurkan naskhah al-Mathurat kepadanya.Tapi tetap segan kerana orang lain semua macam dah hafal!Sesi lepas Asar tajuk ceramahnya Dakwah Kita.Terasa berpasir air liur ketika itu.Dakwah?!AO?!Perasaannya tidak dapat ditafsir apabila mengenali dunia AO kini...
Rambut disisir perlahan.Fikirannya berserabut selirat dengan pelbagai persoalan tanpa hujung pangkal.Lost!Jujur sejujur-jujurnya,terasa culture shock!
"Kenapa diam aje nie?"Bahunya disentuh perlahan. "Penat?"
Minn berpaling.Jasmin sudah bersila di sebelahnya.Siap dengan kaftan untuk tidur.
"Penat ke nie?"Tanya Jasmin sekali lagi.Bersungguh-sungguh gayanya.
Minn senyum tawar. "Lebih kurang la."Sesi selepas Isya' tadi memang membuatkan dia hilang kata-kata.
"Awak tipu saya...."Jasmin mengajuk gaya iklan KTM.Bibirnya sengaja dicebikkan.
"Apa buat gaya comel tu."Minn memaksa tawa. "Betul la.Penat.Tak biasa."Ciri-ciri indicidu muslim perlu diperkasa dalam diri.....Suara Kak Sarah seolah terdengar-dengar di telinga.
"Tidur la.Nanti esok terlajak free je."Jasmin sengih. "Kalau awak bangun awal kejut saya,tau."
"No..."Minn sengaja menggeleng. "Awak yang kena kejut saya."
"Tengok-tengok nanti dua-dua terlajak."Jasmin ketawa.Dia membetulkan bantal. "Awak bila nak tidur nie?"
"Nak tidur la nie..."Minn menarik senyum segaris.Memang dia terasa senang dengan Jasmin.
Lampu bilik dipadamkan.Namun cahaya lampu dari beranda yang mencuri masuk memberi bayangan kelam.Minn merebahkan kepala ke bantal.Mengiring ke kanan membelakangkan Jasmin yang kini lena.Telapak tangan kanannya diletak di bawah pipi.Tersentuh ID bracelet yang terasa sejuk.Dadanya terasa sebak tiba-tiba.
"Kalau kita nak membentuk semula tamadun Islam yang gemilang macam zaman dulu,kita kena mulakan dengan stratergi.Ada tujuh peringkat yang perlu kita ikut dan pastikan each stage is stable before we proceed to the next.Ada tujuh peringkat which are peringkat individu muslim,then baitul muslim atau rumahtangga Islam,kemudian masyarakat Muslim,seterusnya kerajaan Muslim,sistem khalifah Muslim,empayar Islam,dan akhirnya ustaziatul'alam.Ustaziatul'alam itu maksudnya pembimbing atau pemerintah alam.
So,kita semua nie masih di peringkat pertama.Untuk melangkah ke stage kedua tu bukan mudah.Tangggungjawab bina baitul muslim bukan sekadar unity of man and woman.Tanggungjawab kita untuk lahirkan generasi yang akan membina semula Islam mengikut all the stages yang telah digariskan hingga ke peringkat ustaziatul'alam,insya-Allah."
Wajah Minn serius mendengar Kak Sarah memberi pengisian dalam kumpulan LDK itu.Namun pemahamannya terbatas dengan jargon yang memang asing di telinga.
"Telah dinyatakan dalam al-Quran surah an-Nur ayat 26 maksudnya: 'vile women are for vile men,and vile men for vile women.Good women are forgood men,and good men are for good women;such are innocent of that which people say:For them is a pardon and a bountiful provision.'.Allah telah berfirman bahawa seorang wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,begitu juga sebaliknya....."
Darah terasa tersirap tiba-tiba.Tidak tahu kenapa wajah AO yang melintas di ruang ingatan ketika itu.Pandangannya jatuh pula pada Jasmin yang duduk setentang di hadapannya.Gadis bertudung labuh itu sedang mencatat sesuatu di dalam buku notanya.Tiba-tiba dia mengangkat muka.Kenapa?Matanya bertanya.Minn hanya menggeleng perlahan.
...wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...AO sekarang...
Handset di tepi bantal tiba-tiba berbunyi perlahan menandakan ada SMS masuk.Hujung mata yang terasa basah dikesat dengan hujung jari.Perlahan keypad handset ditekan untuk membaca mesej.Siapa pulak yang nak hantar mesej dekat nak pukul 1 pagi nie...
Akum.Dah tidur ye Sleeping Beauty?Get a good rest,okay.See you tomorrow,insya Allah Good night.
AO...Ashraff...Air mata tiba-tiba mengalir terus.I'm not meant for you,AO....Semakin laju cecair bening itu menuruni pipi.I'm not meant for you...Aku tak mampu berdiri di sebelahnya...