Azman menyusun kertas-kertas A4 yang penuh dengan rajah di atas meja study.Selesai juga reading dan research untuk next lecture.Terbayang di wajahnya muka Dr.Phil professor dari Scotland itu.Kalau tak ada background reading...alamat hanyutla nak faham accent Scottish yang tebal tu.Buku-buku library yang tadi terbuka ditutup dan disusun di tepi meja.Meja di sebelah kiri bilik dikerlingnya dengan hujung mata.Ashraff masih lagi tekun dengan kerjanya.Jemarinya berlari di atas keyboard laptop.Sesekali berlari pula di atas buku nota menconteng sesuatu.
"Banyak lagi?"Tegurnya perlahan pada AO sambil dia bangun.
AO berpaling. "Ada la lagi 5 pages.Tapi submit minggu depan."Pangkal hidungnya ditekan dengan telunjuk dan ibu jari. "Tapi kalau dah buat kerja,takkan semua nak buat tangkap muat."Ujarnya seolah bercakap sendirian. "Siap cepat,weekend nie free."
Azman melangkah ke katilnya. "So right.Jadi tak weekend nie kat Lakemba?"
"On insya Allah."AO kembali menghadap kerjanya. "Topik apa kali nie?"
"Muasofatul Muslim insya Allah."Azman membaringkan tubuhnya ke katil. "Ciri-ciri peribadi Muslim.Mungkin sekali dengan Generasi al-Quran."
"Brother Zachariah Matthews yang bagi kan?"
"Yep."
"Aku baru halfway through."AO memandang wajah graduan Tahun Ketiga Kejuruteraan Mekanikal UNSW itu. "Risau kalau lost."
Azman senyum nipis. "Sebab tu la kita discuss."Dia membawa belakang tangan ke mulut menahan kuap. "Aku nak tidur dulu.Jangan stay up lewat sangat.Esok kalau bangun awal,kejut aku sekali."
"Rightio.Kau nak join qiyam tak nie?"
"Eh?Siapa buat?Aku tak tau pun."
"Brother Asrul."AO menjengah keluar tingkap yang langsirnya telah ditarik ke tepi. "Tapi kalau dah sejuk autumn macam nie...Ramai terlajak la kot."
"Kalau kau terjaga kejut je la."
***
"Mengelamun?"Bahunya ditepuk perlahan.
AO berpaling.Brother Asrul. "Memikir."Dia mengukir senyum nipis sebelum kembali melontar pandangannya ke tengah air.Lepak di harbour.Mencari ketenangan.
"Fikir apa?Masalah negara?"Asrul ketawa sambil duduk di kerusi batu itu.Pandangannya turut ditala ke laut.Camar laut bertebaran di dada langit.
AO menggeleng.Sekadar senyumnya masih belum cair.
"Kenapa nie?Problem?"
Pertanyaan lelaki yang dianggap abang itu tidak dijawab.Pandangan AO leka mengikut sekawan pelican yang terbang rendah di muka air.Sahabat...Problem...Kedatangannya ke Australia lebih setahun lepas membuka muka surat baru dalam kamus hidupnya.Kehadirannya di bumi kanggaru ini menemukannya dengan Asrul.Seorang sahabat dan abang yang cukup memahami.Dan di hadapan lelaki itu sudah entah berapa kali dia mengalirkan air mata.Bukan kerana teringat kepada ibu dan ayah.Bukan kerana terimbau kampung halaman.Air matanya yang selama ini beku begitu mudah cair bila mana merasai kerdilnya dia sebagai seorang insan.Seorang insan hamba Tuhan;perasaan yang dia tak pernah rasa selama ini.Asrul yang membantunya melembutkan hati dengan izin-Nya.
"Saya jahil,bro."Luah AO tiba-tiba selepas habis solat jemaah di bilik Asrul.Usrah ketiga sejak kehadirannya di bumi Sydney.
Asrul tidak menjawab.Sekadar matanya merenung bertanya.Minta penjelasan.
"I need all the help that I can get."
"Wajah AO di sebelah dipandangnya sekilas. "I'm all ears."
AO sekadar merenung ke depan. "I was a punk...was..is...entah.."Dia memulakan. "Teruk.Tapi masa tu...Tak rasa.Mak bapak dah bagi apa yang patut,tapi manusia.Hanyut sendiri.Tak sedar."Nafas panjang dihela.
"But you managed to steer your navigation to the right route."Tenang lelaki di sebelahnya bersuara.
"Entah."AO senyum pahit.Matanya terasa panas tiba-tiba."Solat pun goyang lagi.Nak baca Quran pun macam dah berkarat lidah."Tanpa segan silu dia memberitahu.Jauh di sudut hatinya yakin Asrul takkan menjaja ceritanya sebagai bahan bual.Lelaki itu bukan manusia sebegitu.
Mula dari detik itu hampir setiap malam antara Margrib dan Isya' dia bertadarus bersama Asrul.Dari bertatih dia kini mampu berjalan dan berlari. 'Consultation' bersama Asrul tidak mengira tempat dan masa.Di mana-mana dan bila-bila.Baik bab solat,permasalahan,kemusykilan,apa saja.Baginya Asrul dai'e yang berjaya.Mudah didekati dan menyesuaikan diri.Bukan stok jalan tunduk hingga tak menghirau orang di keliling.Tidak kekok beraku engkau meski dengan sahabat seangkatan yang sefikrah dengannya dia berana enta.Asrul tidak menarik rentap langkahnya terus ke arah itu,tapi lebih kepada memimpin dan berjalan saing.Dia diberi cukup masa dan ruang untuk dirinya meneroka alam yang dirasa baru.Hingga kini tiap kali dia merenung kembali masa lalunya,terasa kerugian yang teramat sangat.Masa muda patut digunakan sebaiknya.Imam Hassan al-Banna dah jenuh berseru dengan Wahai Pemuda.
"Melamun lagi."Sekali lagi bahunya ditepuk. "Nak kena campak masuk laut agaknya."
AO ketawa tawar.
"Kenapa nie?"Asrul mengulang.
"What's your passion?"
"Nothing but the obvious."Asrul mengangkat kening. "You know me.Basketball.Wall-climbing."Pandangan matanya kemudian redup. "Teringat skate?"Tanyanya menduga.
Angguk.
"Tak salah kalau nak skate.Bawak je la deck,skate dekat park."
AO menghela nafas panjang. "Skate tak salah.The life that comes with it yang payah nak ditolerate."Beberapa ekor camar laut mendarat di hujung kaki menarik pandangannya. "Minn..."Ujarnya rendah dan perlahan.
"Min?"Kening Asrul terangkat sebelah. "Mint?Mean?"
Ketawa AO pecah.Bertuah kau Asrul.Boleh buat lawak lagi.
"Apa dia?"
AO menggeleng dengan ketawa masih bersisa. Pandangannya kembali dilempar ke tengah laut."Ciri-ciri individu muslim..."Dia solah bercakap sendirian. "Nothing but the obvious,and obviously kita yang tak perasan."
Patut kita muhasabah diri kita..Cuba kita timbang diri kita dengan neraca yang sama.Cukup atau tidak untuk kita letak diri kita sebagai individu Muslim yang ideal.Kadang-kadang bila dah baca satu dua buku pun dah rasa masya-Allah...hebatnya ana.Berilmu nie.Bila buat qiyam sekali-sekala dan rasa masya Allah... zuhudnya ana.
Kata-kata Brother Azhar yang berbau lucu itu disambut ketawa.Namun masing-masing terasa pedih sindirannya.Masing-masing beristighfar bila teringat riyak yang pernah menyelinap rasa.
"Means?"
"Baitul muslim."Pandangannya jauh merenung awan meleret di kaki langit.
Huh?! "Baitul muslim?"Dahi Asrul berkerut.Dah tukar channel pulak Ashraff nie.
"Minn."Damai.Camar semakin galak berterbangan.
Kerut di dahi Asrul makin berlapis. "Aku kata means,bukan Min.Tadi dari Muasofatul muslim terus tukar channel masuk baitul muslim."Wajah AO direnungnya. "Kau cakap pakai jargon apa nie?"
AO tersentak.Astaghfirullah...Dah ke mana aku nie.Senyum yang menarik pinggir bibirnya ditahan.Riak wajahnya tenang serius dan selamba dipapar sekali gus. "Kita balik la.Azman,Ju,dengan yang lain mana?"Tanyanya sambil pura-pura melihat jam.
"Kan dah janji nak jumpa dekat Punch Bowl."Wajah AO direnungnya lagi. "Takkan tiba-tiba nak balik pulak."Kemudian tiba-tiba bibirnya mengukir senyum. "Kalau dah sampai tersasul sebut baitul muslim tu..."
Riak wajah AO tak berubah. "Aku just ulang balik pengisian.Nanti lupa."Ujarnya sambil bangun.